..

..

ZUHDI PULAK TIBAI PAS PUSAT , TERLALU IKUT TELUNJUK KEPENTINGAN ANWAR

on Wednesday, August 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




- Pucuk pimpinan Pas perlu memiliki sikap negarawan dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pakatan pembangkang.


Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki (gambar) berkata, Pas sebagai sebuah parti Islam sepatutnya berfikir di luar kotak dan bukannya melihat dari sudut pertembungan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) atau antara Pas dan UMNO.

Menurut beliau, kecenderungan pimpinan tertinggi Pas menelaah situasi krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan situasi politik yang lain melalui kerangka pemikiran yang sempit adalah mengejutkan.

"Lebih sembilan bulan kepentingan rakyat Selangor dan kebajikan mereka dikebelakangkan kerana agenda PKR dan peribadi Anwar.

"Mengapa tidak ramai pimpinan pakatan pembangkang yang berani tegur kecenderungan politik PKR dan Anwar yang mementingkan agenda parti dan individu," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Kelmarin, Jawatankuasa Pas Pusat membuat keputusan untuk mencadangkan nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak kerana ia menolak pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan pentadbiran Abdul Khalid.

Mohd. Zuhdi memberitahu, pakatan pembangkang seharusnya memikirkan pula tentang bagaimana mereka boleh berpolitik untuk kepentingan rakyat dan negara.

Beliau menambah, rakyat Selangor telah diheret dalam kemelut politik yang tidak berkesudahan khususnya melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan isu air yang dipolemikkan.

"Akibatnya, kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang disenangi rakyat terganggu dan merencatkan inisiatif pegawai-pegawai kerajaan yang berdedikasi untuk menjaga kepentingan rakyat," ujarnya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    syukur masih ada org pas yang bernas pandangannya untuk perpaduan ummah.

  2. Anonymous says:

    " kecenderungan pimpinan tertinggi Pas menelaah situasi krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan situasi politik yang lain melalui kerangka pemikiran yang sempit adalah mengejutkan" Inilah sebenarnya kesimpulan rakyat awam pabila memperkatakan tetntang PAS dan pemikiran PAS...bukan mengejutkan saja tetapi pelik dan menghairankan...bkn ahli PAS tu bodoh2...tp knp dok asyik salahkan org hinggakan masalah sendiri pon kata org lain salah...benar sungguh PAS berfikiran sempit...Allah sendiri yg tidak mahu membukakn pintu hati mereka kerana dosa2 mereka kepada umat Islam...yg pasti PAS tidak boleh mengantikan UMNO untuk Islam dan Melayu...

  3. Anonymous says:

    bakal di pecat oleh jkp PAS, mcm hassan ali, di kembiri mcm ust. nasha, x da ulamak dah dlm pas, hj adi n nicky ajis memilih jadi mat sapu normah dan stupa spender ali, bila lemah iman, dajjal mengikat

  4. Anonymous says:

    "...bkn ahli PAS tu bodoh2..." Wrong! Ahli2 PAS memang bodoh2! Munafik sombong bangsat!! Walaupun dah jadi keldai PR masih lagi membangga diri. Sebab apa? Sebab ego munafik sombong bangsat dah dah tertanam dlm diri ahli mereka. Mereka takkan sesekali mengakuinya sebab takut malu dengan UMNO. Maka mereka akan kekal dgn kebodohan mereka. Inilah golongan yang tak layak utk dipercayai.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.