..

..

UMNO PP KUTUK TINDAKAN ANGKUH GUAN ENG CABAR KPN DEMI PERTAHAN PPS @dzainalabidin @RRafizal @reezalmerican

on Friday, August 29, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




UMNO Pulau Pinang Menyokong Penuh Tindakan YBhg Tan Sri Ketua Polis Negara Menjalankan Siasatan Terhadap Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) Pulau Pinang

1. UMNO Pulau Pinang menyokong penuh tindakan YBhg Tan Sri Ketua Polis Negara memulakan siasatan ke atas Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) Pulau Pinang setelah Pejabat Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) Pulau Pinang adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

2. Kenyataan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri semalam menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak ada bidanh kuasa untuk menubuhkan apa-apa jua pasukan yang berfungsi sebagai pasukan keselamatan membuktikan penubuhan Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak wajar dan menyalahi undang-undang negara.

3. UMNO Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya ucapan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dengan angkuh mencabar Ketua Polis Negera sekiranya berani mengambil tindakan terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang. Adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri mengucapkan perkataan-perkataan seperti seorang samseng jalanan terhadap Ketua Polis Negara.







4. UMNO Pulau Pinang berpendapat kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyamakan penubuhan PPS dengan JKKK adalah tidak masuk akal kerana fungsi dan peranan kedua-duanya adalah amat berbeza. JKKK bukan sebuah badan beruniform, tidak terlibat dalam kawalan keselamatan atau memakai pangkat ala tentera sebagaimana PPS yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. Apakah Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sedar bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menubuhkan JKKK di bawah Kerajaan Negeri?

5. Polis mengambil tindakan memulakan sisatan setelah menerima laporan daripada orang ramai bahawa terdapat ahli-ahli PPS terlibat dalam beberapa kes memukul orang awam. Tahun lalu, seorang wartawan akhbar berbahasa Cina dipukul semasa sedang membuat liputan dan terbaru seorang penulis blog yang kritis terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang dipukul oleh sekumpulan anggota PPS. Rungutan oleh orang ramai terhadap perlakuan dan tindakan PPS seperti sekumpulan samseng jalanan turut disuarakan oleh wakil-wakil rakyat dalam Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang pada Jun 2014 yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Negeri.

6. Penubuhan PPS oleh kerajaan Negeri atas alasan untuk membantu pihak polis membanteras jenayah juga tidak masuk akal kerana sudah ada Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga juga menjalankan kegiatan rondaan kawasan perumahan. Penubuhan PPS oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang jelas sekali bermotifkan politik kerana anggota-anggota PPS dengan memakai uniform turut terlibat dalam kegiatan-kegiatan parti DAP seperti memasang bendera parti DAP dan berkempen untuk DAP semasa pilihanraya.

7. Kerajaan Negeri sepatutnya akur dengan amaran terbaru yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara meminta Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) menghentikan aktiviti-aktiviti mereka. Keengganan Kerajaan Negeri dalam memberikan kerjasama kepada pihak Polis membuktikan keangkuhan melampau pimpinan kerajaan negeri mempertahankan sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Sekian.

Dato ' Zainal Abidin Osman 
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Pulau Pinang
29 Ogos 2014


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Satu Soalan :-

    Apa tindakan UMNO Pulau Pinang terhadap ahli-ahlinya yang mengugut dan mencekik ANGGOTA POLIS lapangan terbang di LTAB Pulau Pinang setelah enggan memberikan kad pengenalan untuk menaiki penerbangan??

    Atau Ahli UMNO yang bergelar "Dato Seri" yang suka DENGAN NIAT mengugut dan mengancam ANGGOTA POLIS di LTAB Pulau Pinang kerana ENGGAN di periksa di LALUAN KESELAMATAN PENUMPANG?

    Adakah "Ahli UMNO" di kehendaki untuk DISEMBAH dan tidak boleh DI SENTUH walaupun oleh ANGGOTA POLIS LAPANGAN TERBANG YANG BERBANGSA MELAYU?? ADAKAH MEREKA INI SAMPAH DI MATA MEREKA??

  2. Anonymous says:

    Pd pendapat aku, cara umno kena berubah. Totally wajib berubah. Tak perlu lagi keluarkan kenyataan mengutuk. Jangan memberi peluang kepada dap menjadikan isu ini polimik dgn membuat kenyataan. Buat sahaja laporan polis dan biar polis yang buat kerja. Jika dap penang berhasrat nak lawan kpn dan kdn, biarkan setakat mana ia mampu lawan. Tunggu dan lihat hasilnya. Jangan tunjuk sikap memihak dalam isu ini agar dap tidak ada peluang mempolimik isu. Lihat dari jauh dan senyum je... Sesekali tepuk tangan. Konfem dap akan mati akal.... Jangan gelojoh dan nampak tak pakai otak, nanti jd makanan dap je...

  3. Anonymous says:

    Mengutuk aje? Patutnya mengutuk KPN sebab sekarang sedang menikus bawah meja lepas kena sergah dengan Guan Eng.

  4. Anonymous says:

    Ape ko creta ni mangkok? Ko tak tahu ke berapa anggota PPS dah kena cekop dgn polis...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.