..

..

TERKINI ! PENGANJUR PESTA BOGEL BESAR KEPALA , DIDAKWA UGUT KAKITANGAN TAMAN NEGARA PP !!

on Thursday, August 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Jika merujuk siasatan awal dalam di Tmn Negara P.Pinang , ia boleh disimpulkan penganjur seolah-olah ada  KUASA BESAR dibelakangnya meluluskan  bagi melakukan aktiviti jijik ini . 
Ini kerana mereka begitu angkuh dan  melakukan ugutan  lagi  kepada kakitangan Taman Negara yang cuba menegur  aktiviti ini.
7 Individu rakyat tempatan ini pastinya salah seorangnya menjadi penganjur dan kita akan dapat ketahui mengapa mereka begitu besar kepala seperti mendapat lesen besar melakukan pesta bogel ini !!



Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) masih menjalankan siasatan dalaman berhubung penganjuran acara ‘Sukan Bogel Pulau Pinang 2014’ yang diadakan di Pantai Teluk Kampi dekat Teluk Bahang, pada 31 Mei lalu.
Ia membabitkan siasatan terhadap kakitangan TNPP yang bertugas di pos kawalan Teluk Kampi pada hari pesta itu berlangsung. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berkata, kakitangan berkenaan sudah dipanggil bagi menjelaskan perkara sebenar. 

Shah Headan Ayoob yang juga Ahli Mesyuarat TNPP berkata, siasatan awal mendapati kemungkinan wujud unsur ugutan daripada penganjur acara berkenaan terhadap kakitangan terbabit pada hari berkenaan.

“Kakitangan terbabit didapati sudah beberapa kali menasihatkan dan menegah peserta acara berkenaan daripada melakukan aktiviti itu, namun tidak dihiraukan mereka.

“Kakitangan yang bertugas di pos kawalan tidak mempunyai bidang kuasa mengambil tindakan terhadap pengunjung kecuali memberikan nasihat dan teguran kepada mereka jika melakukan kesalahan,” katanya pada sidang media, semalam. 

Rakaman video yang mencetuskan kontroversi serta mendapat kecaman pelbagai pihak itu dimuat naik di laman sosial menerusi tiga durasi berbeza dan memaparkan aksi kumpulan lelaki dan wanita seramai 15 orang yang melakukan aktiviti sukaneka dalam keadaan berbogel di kawasan pantai serta menggelar diri sebagai ‘Nudism’. 

Mereka dipercayai berkunjung ke pantai itu bagi memeriahkan program ‘Malaysia-International Nude Sports Games 2014 Extravaganza’ yang didakwa akan diadakan sekali lagi di Pulau Pinang pada Disember ini. 

Shah Headan Ayoob berkata, kekangan liputan telekomunikasi di Pantai Teluk Kampi itu mungkin menjadi faktor kakitangan terbabit tidak dapat memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak atasan. 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Cara Dap mempromosikan tempat pelancungan......sebelum ni ramai yg tak tahu di mana Telok Kampi...kini google maps berjuta juta mencari peta Telok kampi Penang ...hehehehe !

  2. Anonymous says:

    PDRM dan Peguam Negara tak boleh buat apa apa. Jadi apa yang nak takut.

    Melayu dan Islam yang ada undang2. Bangsa lain ada kuasa "immuniti".
    Kita boleh buat sesuka hati.

    He he he

  3. Anonymous says:

    Berjaya cara ni ..rasanya kejayaan DAP promosi tempat pelancongan juga disebabkan kerjasama baik dan akrab dengan menteri pelancongan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.