..

..

TERKINI ! PAS PERLU GERAK 2 BAGI MEMBELA KHALID IBRAHIM DIFITNAH ANWAR - NASRUDIN

on Wednesday, August 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Fuh...naik bulu roma baca tulisan terbaru bekas Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi pagi Rabu. Nukilan lepas Subuh di facebook peribadinya itu menggambarkan pergolakan dalaman seorang pemimpin yang sedang diuji.
Ini kira macam declare perang terbuka lah antara Nasrudin yang merupakan antara pemimpin muda berpegaruh dalam PAS kerana, dan beliau memihak sebelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mempertahankan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ahli Parlimen PAS Temerloh itu dari dulu lagi ketika masih menjadi Ketua Pemuda PAS mengambil standyang jelas bahawa kepimpinan parti Islam itu wajib berkiblatkan Masjid Rusila bukannya Banglo Bukit Segambut.
Melalui tulisannya, kata Nasruddin, andai Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkirkan Abdul Khalid dari kerusi MB Selangor dengan berbagai tuduhan....PAS sewajarnya membela Abdul Khalid melalui GERAK 2.
GERAK merujuk movement rakyat yang dibuat kali pertama ketika Anwar dipecat pada 1998. Ia digerakkan dari satu negeri ke satu negara semacam roadshow untuk sesi penerangan terhadap apa yang jadi.

Menurut Nasrudin, ketika Anwar dipecat 1998, atas tuduhan liwat, rakyat bangkit membela Anwar.
"Mereka tidak anggap ini masalah dalaman UMNO sebaliknya mereka anggap ini satu kezaliman dan fitnah. Anwar mesti diberi pembelaan. Termasuklah yang membela Anwar ialah PAS.
"Kini tahun 2014, berlaku pergolakan di Negeri Selangor. Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan diperlakukan oleh Anwar sebagaimana Tun Mahathir melakukannya keatas beliau ?
"Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa Abdul Khalid dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor ?
"Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit membela Abdul Khalid?" soal beliau.
Menurutnya, Jika Anwar yang disingkir oleh Tun Dr Mahathir dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dengan pelbagai tuduhan, menyaksikan kebangkitan PAS yang dipimpin oleh Al Marhum Datuk Fadhil Mohd Noor membela beliau melalui GERAK pada waktu itu.
"Saya kira , andai Abdul Khalid disingkir oleh Anwar dari kerusi Menteri Besar sekarang dengan pelbagai tuduhan, sewajarnya PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bangkit membela Abdul Khalid yang dizalimi dan diaibkan melalui GERAK 2 !,"ujarnya mengakhiri tulisan empat perenggan itu.
Untuk rekod, Anwar ketika dipecat 1998 bergantung kepada sokongan PAS untuk menggerakkan perlawanan dengan UMNO ketika itu... kerana itu juga ramai penyokong-penyokong Anwar dalam UMNO ketika itu memilih untuk menyertai PAS.
PKR masih belum ditubuhkan, tiba-tiba reaksi dari pemecatan Anwar dan kemarahan orang Melayu (yang tak tahu cerita sebenar ketika itu) adalah menyertai PAS beramai-ramai.
Selepas lebih 15 tahun dalam PAS...kumpulan penyokong Anwar ini membina kekuatan di peringkat kawasan (bahagian) dan negeri.
Terima kasih kepada ketua think tank Anwar dalam kerajaan, Datuk Kamaruddin Jaafar (IKD) yang menggunakan kedudukan beliau sebagai setiausaha agung PAS untuk memperkukuhkan jaringan Anwar dalam parti tersebut.
Kini golongan ini merupakan pembuat keputusan (policy maker) dalam PAS, yang menyebabkan PAS terbahagi kepada dua, ulama dan profesional.
Dalam kes pertempuran antara kubu dalam PAS, golongan ulama dilihat condong kepada pandangan Abdul Hadi dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Khalid Ibrahim dikekalkan.
Bagaimanapun, suara golongan profesional yang menguasai kepimpinan PAS pusat dipercayai cukup kuat untuk menolak keputusan dua orang tokoh kepimpinan dan spritual PAS itu.-6/8/2014


One Response

  1. apsal bukan nassrudin sdiri yang mengemudi Gerak 2 tu. Dah kalau bersemangat sgt, tunggu apa lagi. Geraklah cepat. Jgn asyik berkokok aje.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.