..

..

TERKINI !! KETUA AMK BARU PKR NIK NAZMI PULAK HILANG KEPERCAYAAN EXCO SENDIRI ...

on Friday, August 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Krisis MB Selangor tak selesai lagi , kini Kongres parti  pulak bermasalah .  

Terkini  Kongres AMK pulak berdepan krisis dalaman perebutan kuasa di mana Ketua AMK yang menang Nik Nazmi kini hilang sokongan dan kepercayaan hampir semua exco sayap .

Boikot oleh Exco yang menang dari kumpulan Amiruddin Shaari termasuk Timb AMK  ternyata memberi tamparan hebat buat Ketua yang baru kerana mendakwa pemilihan cabang Persiangan berlaku penipuan .

Dulu semasa YB KJ menang Ketua Pemuda semasa perebutan 3 penjuru antara Khir Toyo dan Muhkriz tak pulak berlaku perkara seperti ini .  

MEMALUKAN !!!    

MASALAH PARTI PUN MASIH KALUT ...TAPI DALAM MASA YANG SAMA PRESIDEN DOK GILA NAK JADI MB SELANGOR ...HAHAHA....






Selepas beberapa minit diumumkan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad kini berhadapan tekanan daripada sebahagian besar ahli exco sayap PKR itu.
Dilihat tidak berpuas hati dengan kemenangan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu, sembilan exco AMK yang baharu diumumkan secara rasmi bertindak meninggalkan pentas utama Kongres AMK.
Kumpulan berkenaan langsung tidak mengendahkan arahan Pengerusi Tetap, Shuhaimi Shafiei supaya terus berada di atas pentas sebelum Nik Nazmi menyampaikan ucapan penangguhannya.
Tindakan mereka itu menerima reaksi negatif daripada perwakilan dan pemerhati yang kelihatan terpinga-pinga dengan situasi berkenaan.
Akibatnya, Nik Nazmi terpaksa meneruskan ucapan penangguhannya tanpa sokongan daripada sembilan exconya sendiri.

Difahamkan sembilan kumpulan berkenaan merupakan penyokong kem Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali yang diketuai seorang lagi calon Ketua AMK, Amirudin Shari.
Pada pemilihan AMK, Nik Nazmi mengalahkan Amirudin dengan majoriti 250 undi.
Nik Nazmi memperoleh 4,509 undi sementara Amirudin mendapat 4,259 undi.
Sementara itu jurucakap sembilan exco itu berkata, tindakan keluar dewan merupakan tanda protes terhadap keputusan pemilihan yang tidak berpihak kepada Amirudin.
Mengulas lanjut beliau mendakwa wujud penipuan dalam pemilihan AMK di Cabang Pensiangan, Sabah.
"Sepatutnya pemilihan di sana dibatalkan, tetapi diterima semula kerana untuk memenangkan seseorang.
"Apa yang dibuat ini tanda penolakkan, protes terhadap kepimpinan Nik Nazmi kerana pasukan Amiruddin menguasai hampir 90 peratus AMK," katanya.


4 Responses

  1. maae says:

    Macam pilih ketua darjah jer...he..he.. " no class ! " kata P. Ramlee ..

  2. Anonymous says:

    Pedulikan sandiwara mereka ini....buang masa kita...siapa AMK ke AMY ke peduli apa kita. Biar mampus semua penderhaka bangsa, Agama dan Negara ni..

  3. Anonymous says:

    Ini gambar konsert yg dah habis show.

  4. Anonymous says:

    PKR tunggu masa nak bungkus , PAS akan naik mencanak ,hasil kajang move si RAFIZI ,kah kah kah ,,,,,,pengundi dah loya dengan lakonan ANWAR dan wan jijah, PERAMPAS KUASA CARA PAKSA

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.