..

..

TANTAWI TAK BOHONG , PERTAHAN PROJEK TEROWONG TETAP BUKAN TENDER TERBUKA

on Saturday, August 9, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



MP PAS Nasrudin Hassan berkata dakwaan Lim Guan Eng bahawa beliau membuat kenyataan fitnah dan bohong ke atas ketua menteri Pulau Pinang itu adalah tidak berasas.

Dalam jawapannya kepada Lim hari ini, anggota jawatankuasa pusat PAS itu menjelaskan bahawa beliau menimbulkan dakwaan berhubung projek terowong dasar laut itu untuk menunjukkan seolah-olah wujud layanan istimewa ke atas ketua menteri itu.

Sedangkan, di Selangor, menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijatuhkan dengan menggunakan isu projek pembinaan lebuh raya Kidex, kata Nasrudin.

“Kenyataan saya tempoh hari sekadar mempersoalkan kenapa wujudnya perbezaan sikap pada segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sewaktu menjadikan isu Kidex sebagai justifikasi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.

“Sedangkan di hadapan kita terdapat juga isu seperti Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang yang tidak kurang kontroversinya.

“Seolah-olah terdapat sikap pilih kasih dan menangguk di air keruh demi mencapai matlamat tertentu yang sempit.

“Justeru itu dakwaan kononnya saya melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas sebagaimana yang disebut oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,” katanya.

Beliau turut mempertahankan dakwaannya bahawa kontrak projek terowong itu dianugerahkan secara rundingan terus kerana ia “tidak mengamalkan tender terbuka sepenuhnya dalam ertikata sebenar”.

MP Temerloh itu seterusnya membangkitkan mengenai urutan peristiwa melibatkan penjanjian persefahaman (MoU) dan proses tender untuk projek berkenaan.

Bagaimana Kerajaan Pulau Pinang boleh menandatangani MoU [disaksikan YAB PM (Datuk Seri) Najib Razak] dengan Beijing Urban Construction Group Co Ltd salah satu rakan utama konsortium yang memenangi projek Penang Tunnel ini pada 28 April 2011 sedangkan proses prapenilaian tender kerajaan negeri hanya bermula lebih 6 bulan selepas MoU iaitu pada 14 November 2011?

“Apakah kerajaan Pulau Pinang sebenarnya sudah memilih pemenang kontrak mega ini sebelum proses tender bermula?

“Saya kira sesiapa sahaja yang biasa dengan resam perlaksanaan kontrak dan projek boleh merumuskan bahawa ini bukanlah satu proses tender terbuka.

“(Ini kerana) Seolah-olah BUCG telah mendapat keistimewaan lebih awal sebelum proses tender dilakukan apabila telah wujud MoU pada April 2011,” katanya lagi.


Beliau menjawab ancaman Lim semalam yang mahu beliau menarik balik tuduhan "bohong" tersebut, atau berdepan tindakansaman. -MALAYSIAKINI-


One Response

  1. Dalam PR saman menyaman sesama parti adalah biasa , duduk je semeja citarasa tetap berbeza

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.