..

..

TAHNIAH POLIS , PEGUAM KETUM AKHIRNYA DIDAKWA KERANA HASUT & FITNAH !!

on Tuesday, August 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Akhirnya pemimpin PKR yang sering menuduh blogger UMNO pemfitnah telah pecah tembelang sebenar .

Hari ini terbukti beliau sendiri   telah dihadapkan ke mahkamah berhubung  kenyataan akhbarnya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan melibatkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh  anggota Parlimen daripada PKR itu dilihat bertujuan menghasut orang ramai agar meragui sistem kehakiman negara ini.


 Fitnah depa lempar  itu akhirnya  kembali kepada MEREKA .... 

 Buat jahat dibalas jahat juga ............

TAK LAMA LAGI PRK PADANG SERAI  PULAK SELEPAS PMTG PAUH ...





KUALA LUMPUR 19 Ogos - Mahkamah hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran membayar wang ikat jamin berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan satu artikel bertajuk ‘ Press Release: Court of Appeal’s Fitnah 2, Written Judgement is Flawed, Defensive and Insupportable’, empat bulan lalu.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.
"Tuduhan ini berasaskan politik.Saya mengaku tidak bersalah," katanya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Malaysiakini.com, No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Brickfields, di sini kira-kira pukul 3.40 petang, 18 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kesiaan orang Melayu Padang serai yang undi dia...!

  2. Anonymous says:

    Wayang je nak sedap kan hati orang melayu .!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.