..

..

PPS KERAJAAN DAP ADALAH PERTUBUHAN HARAM, LANGGAR UNDANG-UNDANG - @HUAN2U

on Tuesday, August 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PULAU PINANG 25 Ogos - Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak memperjelaskan mengenai status sebenar penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di negeri ini yang keahliannya sehingga kini mencecah kira-kira 10,000 orang.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, perkara itu memandangkan PPS bukan sebuah pertubuhan berdaftar seperti dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menurut beliau, keadaan itu menimbulkan tanda tanya memandangkan anggota PPS melakukan kerja-kerja keselamatan dengan lengkap berpakaian seragam sedangkan tidak mendapat kelulusan.

Lebih mengejutkan, tambahnya, PPS yang ditubuhkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini turut diberi peruntukan RM10,000 selain peralatan seperti walkie-talkie, jaket keselamatan (vest), topi dan sebagainya.

"Disebabkan tidak berdaftar dengan ROS, maka PPS ini merupakan pertubuhan haram dan melakukan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

"Sekiranya kerajaan negeri memberi alasan penubuhannya diluluskan di peringkat DUN, namun PPS ini masih perlu didaftarkan apatah lagi penubuhannya bertujuan menjalankan kerja-kerja keselamatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, PPS yang ditubuhkan kerajaan negeri pada 2011 beberapa kali menerima aduan daripada orang awam yang kurang senang dengan kehadiran mereka yang dilihat mengambil tugas pasukan keselamatan.

Malah, minggu lalu, seorang aktivis yang sering mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa dipukul anggota PPS iaitu kejadian kedua membabitkan keganasan oleh anggota PPS selepas seorang jurugambar menerima nasib serupa tahun lalu.

Sementara itu, Cheng Guan turut mempersoal bagaimana anggota PPS diberi pentauliahan oleh kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja keselamatan sedangkan perkara tersebut hanya diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau turut mendesak kerajaan negeri menjelaskan sama ada latar belakang kesemua ahli PPS itu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangkan mereka melakukan tugas-tugas menjaga keselamatan.

Dalam masa sama, beliau melahirkan rasa hairan bagaimana anggota PPS itu turut terlibat memasang bendera parti DAP pada pilihan raya sebelum ini.

"Sudah semestinya ini merupakan tindakan salah guna kuasa kerana penubuhan PPS ini sepatutnya tidak ada kena-mengena dengan politik kerana menggunakan peruntukan kerajaan yang datang daripada duit rakyat," katanya.

Sehubungan itu, jelas Cheng Guan, beliau akan membuat laporan kepada KDN, PDRM dan Jabatan Peguam Negara supaya menyiasat penubuhan PPS tersebut kerana jelas melanggar undang-undang keselamatan negara



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.