..

..

PESTA BOGEL: GUAN ENG TERUK DIBELASAH KERANA TWEET MENIPU @dzainalabidin @drnovandri

on Thursday, August 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





- Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memuat naik beberapa status perkembangan semasa Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014, di Twitternya kelmarin mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat.

Antara statusnya ‘Inilah kawasan diwartakan Kerajaan Persekutuan yang chalet untuk pegawai awam sahaja. Macam mana boleh bagi sama orang luar guna?’

Satu lagi status berkaitan di Twitter ketua menteri itu turut memaparkan gambar sebuah rumah kayu. Guan Eng berkata, ‘Inilah chalet di Taman Negara Pulau Pinang yang mencetuskan berita sensasi! Kerajaan Negeri Pulau Pinang serahkan kepada pihak polis untuk siasat’.

Bagaimanapun gambar rumah yang dipaparkan berkenaan bukanlah chalet sebaliknya adalah sebuah surau.

Disebabkan itu, ia mendapat reaksi daripada pengikut laman Twitter beliau.

Salah seorang daripada mereka menjelaskan ia bukan chalet sebaliknya surau terbuka.

Sementara seorang lagi pengikut yang lain mendakwa fakta yang dibuat Guan Eng memalukan.

Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Shah turut menyanggah dakwaan berkenaan dengan mengatakan ketua menteri itu tidak tahu apa-apa.

“Ini kerana Guan Eng tidak mendapat maklumat yang tepat, ia maklumat yang salah, Teluk Kampi adalah kawasan untuk orang ramai dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

“Malah di situ juga tidak mempunyai chalet, yang ada hanya kemudahan asas seperti surau, dewan terbuka, pejabat kakitangan dan tandas, bukannya tempat penginapan seperti yang dikatakan beliau,” katanya.

sumber :  SINAR HARIAN 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.