..

..

PERUBAHAN UMNO BAHAGIAN & 3 PERMINTAAN UNTUK RAKYAT PERMATANG PAUH @dzainalabidin

on Tuesday, August 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Kelmarin telah selesai Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh yang dirasmikan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin di Politeknik Seberang Perai .

Signifikan kali ini  persidangan  ialah  ia  menjadi Bahagian yang dipilih  TPM sendiri untuk dirasmikan beliau  .

Apa istimewanya Bahagian Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR sejak sekian lamanya ?

Kalau dahulu  UMNO   kalah 3 - 1 kali ini 4 -0 semasa PRU13 yang lalu .

Tetapi Anwar & PKR hilang majoriti besar bilamana hanya menang 11 ribu undi dengan 4 peti undi dimenangi UMNO semula .

Mungkin apa yang Timbalan Presiden lihat dan yakin ialah UMNO PERMATANG PAUH SUDAH JAUH BERUBAH !

Tiada lagi masalah dalaman seperti kepimpinan dahulu  dan kini pasukan Transformasi diketuai  arkiteknya Ketua Bahagian Cikgu Mohd Zaidi telah bersatu dan begitu bersemangat berkhidmat & bekerja untuk rakyat Permatang Pauh.

Mereka telah bersedia untuk saat dan ketika ini untuk merampas kembali Permatang Pauh agar kembali ke pangkuan UMNO setelah sekian lama di bawah Anwar & PKR.

Cabaran utama Cikgu Zaidi selaku Ketua Bahagian  ialah mengatasi PERSEPSI  negatif  pengundi atas pagar & rakyat Permatang Pauh terhadap UMNO dan ia bukan tugas yang mudah dan memerlukan kesabaran dan sokongan yang kuat seluruh pasukan Transformasinya .

Tetapi setelah 300 hari menjadi Ketua Bahagian ,  hasil gerak kerja beliau dan pasukannya ia sudah nampak hasilnya .

 Imam masjid , pengetua ,guru sekolah , guru KAFA ,  PIBG sekolah , sekolah agama rakyat dan lain-lain  lagi semuanya  mendapat manfaat  berkat usaha perjuangan UMNO Bahagian Permatang Pauh





Cuma apabila kehadiran  pemimpin No 2 negara  TPM ke  bumi  Permatang Pauh ini , 3 permintaan oleh Ketua Bahagian mendapat persetujuan dan kelulusan , ia membuktikan perjuangan pasukan Transformasi beliau bukan retorik tetapi di landasan sebenar . 

3 permintaan tersebut adalah 

1. Pembesaran Hospital Sbg Jaya
2. Pembinaan Sekolah Agama Berasrama Penuh
3. Pembinaan Segera Masjid Baru Kubang Ulu

Tahniah kepada Cikgu Zaidi dan pasukan Transformasi beliau yang mana perjuangan mereka untuk merealisasikan 3 perkara ini akan terlaksana untuk rakyat Permatang Pauh 








4 Responses

  1. Anonymous says:

    Bagus, terus kan usaha murni tuan2.

  2. Anonymous says:

    sandiwara lagi.transformasi konon.cantas mencantas mainan org umno.sedih dgn umno kini..tiada lagi perjuangan untuk melayu.perjuangan masuk poket sendiri ada la..

  3. Anonymous says:

    masalah umno ni yg xlayak pun nak pegang jawatan bsr...

  4. Anonymous says:

    Hebat sangatkah pembangkang sanggup arah orang lain letak jawatan hanya hendak pulun bini sendiri jadi Menteri Besar. Tolong habaq mai!

    Barua2 PKR dan Pakatan bukan katakan duit, taik tu kalau laku pun depa pulun sampai lincin.

    KETUM depalah yang dok ajar politik wang. Sungai Wang!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.