..

..

PERTIKAI LAYANAN KERAJAAN MH17 & LAHAD DATU AGENDA PECAHBELAHKAN RAKYAT @NajibRazak

on Thursday, August 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Perdana Menteri hari ini menyifatkan  tuduhan bahawa kerajaan tidak memberi layanan sama  kepada yang terkorban dalam peristiwa serangan Lahad Datu seperti mana layanan yang diberikan kepada mangsa MH17 adalah bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat.

Datuk Seri Najib Razak bertegas sumbangan pasukan Polis dan Tentera dalam mempertahankan kedaulatan wilayah negara sentiasa dihargai dan disanjung.

Malah jelasnya, bantuan kepada pihak yang terkesan akibat peristiwa berkenaan sudah diberikan lebih daripada biasa.

“Walhal dalam hal ini, sama ada dalam peristiwa Lahad Datu, orang sama yang kata ini kononnya sandiwara, tetapi apabila berlaku kejadian MH17, kita beri penghormatan teristimewa, dia kata pulak kenapa pulak tak bagi yang sama pada anggota kita.

“Walhal awal lagi dia dah kata ini peristiwa sandiwara kita,” kata Najib.

Najib juga menyeru umat Islam di negara ini memohon rahmat Allah untuk menambah kekuatan ketika berdepan tempoh mencabar ini.

“Saya minta kita sama kuatkan iman kita, minta rahmat dari Allah supaya kita lebih berjaya menghadapi ujian ini, menambahkan kekuatan kita sebaliknya,” jelas Najib ketika merasmikan Majlis Perdana Ulama-Umarak Dan Anugerah Masjid Malaysia 2014, di sini.

Dalam ucapan sama, Najib turut menyentuh soal serangan Israel ke atas Gaza.

Katanya, kerajaan menyifatkan serangan Israel ke atas Gaza tidak mempunyai asas moral pada masa mempertikaikan aspek keadilan dalam peperangan yang menyaksikan regim Zionis membantai masyarakat yang terkepung.

“Mananya asas moral? Kalau kita nak perang ni mesti ada asas moral,” tegas Najib.

“Pertamanya, apabila sebuah kelompok masyarakat dikurung seolah-olah dalam penjara, malah pernah disebut Gaza itu penjara terbesar dunia.

“Di mana letaknya keadilan dalam peperangan?” soal Najib.



3 Responses

  1. Anonymous says:

    Wahai Najib laki Rosmah.Orang tanya kenapa mangsa MH17 diberi layanan lebih istimewa berbanding perajurit kita di Lahad Datu. Kau tak tahu nak jawab lepas tu kau buat kenyataan nak pecah belahkan rakyat. Lebih baik aku jadi PM dari si mangkok tandas ni.

  2. Anonymous says:

    Pendek kata.....

  3. Anonymous says:

    kami tak tanya berapa cost.
    yang kami tanya kenapa sambutan macam tu terlalu tinggi.cukup sekadar uacara biasa.apa jasa merika jika dibandingkan dgn pasokan keselamatan.kami tak tannya pasal wang ringit pun.apa kau ingat semua orang gila duit ringgit macam kau orang ke?.najib jangan nak kona sana sinilah.yang sebenarnya kau orang ikut ikut negara belanda semuanya untuk dapat nama..parah kalau macam ni.PAT pun kayu dan tungul mati tercekik gula getah.
    .

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.