..

..

OSTAT TALIBAN KASI WARNING KEPADA DAP & PKR JANGAN CAMPUR HAL PAS

on Friday, August 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan berhenti mendesak Pas mengambil tindakan ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berkata, desakan yang dibuat oleh pihak-pihak di luar Pas disifatkan seperti mencampuri urusan dalaman parti itu.

Menurut beliau, ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak mempersalahkan Mohd. Zuhdi dalam isu tersebut malah sebaliknya, mereka bersedia untuk mempertahankannya.

"Tahaluf siyasi yang kita jalankan dalam pakatan pembangkang adalah untuk kerjasama politik sahaja.

"Kita tidak pernah mencampuri urusan dalaman DAP dan PKR, jadi jangan campuri urusan dalaman Pas," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Zuhdi dikecam oleh sekutu-sekutu Pas dalam pakatan pembangkang termasuk Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli selepas analisis beliau tentang situasi politik di Selangor tersebar dalam media sosial sejak Ahad lalu.

Analisis tentang kemungkinan Pas boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR dibentangkan Mohd. Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Anthony dan Rafizi dalam kenyataan masing-masing menggesa pucuk pimpinan Pas mengambil tindakan terhadap Mohd. Zuhdi berikutan analisis yang dihasilkannya itu.
Norazli menambah, DAP dan PKR dilihat mengamalkan dwistandard semasa membidas Mohd. Zuhdi kerana kedua-dua parti itu tidak pernah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin mereka yang mengkritik dasar-dasar Pas termasuk hudud.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa pucuk pimpinan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang membocorkan analisis di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

"Perbincangan dalam kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu adalah sulit dan sesiapa yang membocorkan rahsia parti boleh dianggap sebagai pengkhianat," katanya.
Norazli memberitahu, sebagai pemimpin yang dilantik oleh akar umbi Pas, individu terbabit sepatutnya bersikap amanah dalam menjaga rahsia parti.



One Response

  1. Anonymous says:

    Taliban lah sangaaaat.....Unit Amal Pas WAJIB di hantar ke gaza....ajak comander Mat Sabu sekali...jangan nak tunjuk lagak berani rempuh PDRM saja..!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.