..

..

MAHU LEBIH 2 NAMA CALON , KHALID MASIH MB SELANGOR BUKTI KEBIJAKSANAAN SULTAN SELANGOR

on Tuesday, August 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Titah Sultan Selangor yang dibaca TS Khalid Ibrahim boleh disimpulkan keputusan cukup bijak.

Sebabnya

 - TSKI akan kekal MB Selangor

 - selagi tak ada 2 nama ..TSKI kekal MB

 - PKR - PAS - Dap akan terus bercakaran sesama sendiri untuk tentukan sapa nak jadi MB .

Daulat Tuanku !!



drama krisis jawatan Menteri Besar Selangor masuk ke babak makin menarik petang Selasa.Ini bila Sultan Selangor menangguhkan perletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim  sebagai Menteri Besar. Penangguhkan ini sehingga seorang Menteri Besar baru dipilih oleh baginda.

Apa yang agak mengejutkan ialah Sultan Selangor meminta semua tiga parti Pakatan Rakyat PKR, PAS dan DAP mengemukakan sekurang-kurangnya DUA NAMA untuk baginda pilih sebagai Menteri Besar.

Titah Sultan Selangor boleh ditafsirkan seolah baginda menolak nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon tunggal yang hendak dipersembahkan oleh Pakatan Rakyat.

Khalid membaca kenyataan Sultan Selangor pada sidang akhbar di pejabatnya selepas beliau mengadap baginda lebih sejam di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam.

Namun ketika ditanya apakah Sultan menolak Wan Azizah...Khalid menjelaskan ini cuma kerana Sultan mahu setiap parti Pakatan kemuka sekurang-kurangnya dua nama.

Apapun melalui titah Sultan itu..ini bermakna baginda boleh pilih Menteri Besar dari mana-manan tiga parti Pakatan itu dan tidak semestinya PKR.
Maka setakat ini tidak timbul soal pemburan Dewan Undangan Negeri untuk pilihanraya semula...seperti yang diramalkan oleh sesetengah pihak sebagai jalan keluar krisis ini.


BERIKUT IALAH KENYATAAN MEDIA TAN SRI KHALID IBRAHIM SELEPAS MENGADAP SULTAN SELANGOR

26 OGOS 2014
MENTERI BESAR PERSEMBAH HASRAT MELETAK JAWATAN KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR
Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana telah berkenan untuk saya menghadap baginda pada petang ini di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, bagi membincangkan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri ini.
Saya telah menyembah maklum bahawa dinamik politik di negeri Selangor kian meningkat dan telah menimbulkan keresahan rakyat jelata. Demi kelangsungan kestabilan politik di negeri Selangor ini, saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku hasrat untuk meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.
DYMM Tuanku telah mengambil maklum hasrat saya dan Tuanku telah membuat keputusan untuk menangguh penerimaaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan Menteri Besar baharu selesai.
Saya juga telah memohon maaf kepada DYMM Tuanku atas suasana politik masa kini yang telah menyebabkan pihak Istana terheret sama dalam kemelut pentadbiran di negeri ini.
Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan DYMM Tuanku untuk mencari penyelesaian terbaik sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam.
Saya yakin DYMM Tuanku akan mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri dalam membuat keputusan dan saya dengan seikhlasnya akan akur kepada pilihan yang diputuskan oleh baginda.
Saya berharap semua pihak terutama ahli politik, media dan pengguna media sosial mengelak dari membuat kenyataan atau kritikan yang menjurus kepada niat untuk memperkecilkan peranan mana-mana pihak yang terlibat terutama institusi beraja dan Raja-raja Melayu.
Biarpun kita menghormati prinsip demokrasi yang memberi kebebasan bersuara namun adab, tatatertib dan hak-hak DYMM Sultan Selangor di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor perlu dihormati demi kesejahteraan negeri.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM


3 Responses

  1. Sultan Selangor Memang Bijak...yg Bodoh Anwar...yg Benggap Lim Kit Siang.....yg tolol Mat Sabu....yg dah mati Karpal Singh...yg bodoh lg tuli pengikut PR

  2. Anonymous says:

    Akhirnya PAS menang. Diam x diam hebat permainan politik TGHA. Bayangkan....DAP mmg tiada yg layak. PKR gerenti akan letakkan nama WA & Azmin yg pastinya akan ditolak oleh Tuanku. DAN PAS akan bagi 2 nama.....hahaha....Ketum masuk angin keluar asap laa jawabnya. RIP DSAI kat Sg.Buloh.

  3. Anonymous says:

    setakat yg aku tahu wan azizah wanita berhemah....tapi kenapa dia tergedik gedik nak jadi menteri besar.....pelik lah juga....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.