..

..

LEPAS FITNAH & MENANG PRU13 , BARU NURUL IZZAH NAK MINTA MAAF NONG CHIK ??

on Friday, August 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Senang betul Nurul Izzah dan PKR nak menang sebagai Wakil Rakyat .. fitnah  je calon lawan beli tanah sehari sebelum PRU13 , terus dapat undi buta . 

Nampak jelas rakyat diperbodohkan anak Anwar dan PKR selama ini yang memainkan politik kebencian je untuk menang pilihanraya .




Kes saman Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin selesai hari ini apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka kepada bekas menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar itu.

 Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah mengakui terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat pada 4 Mei tahun lepas iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur

. "Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

 "Saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas," katanya.

Kenyataan maaf itu dibuat di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Nik Hasmat Nik Mohamed di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, disaksikan Nong Chik. Pada 5 Februari lalu, kes saman antara Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi di hadapan Hakim Zainal L Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur selepas semua pihak tidak bersetuju dengan terma penyelesaian.

 Pada 17 Julai tahun lepas, Nong Chik memfailkan saman itu terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong. Dalam pernyataan tuntutannya, Nong Chik mendakwa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah itu dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail.

 Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu diterbitkan dalam laman web Malaysiakini pada hari sama, iaitu 4 Mei tahun lepas. Beliau memohon perintah injunksi supaya semua defendan sama ada melalui diri mereka atau ejen-ejen mereka dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.

 Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Menurutnya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini terjejas teruk. – 21 Ogos, 2014.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    tak kan la nak tengok mak bapak jer popular masa ni ... anak pun nak tumpang tui jugak.
    yang sedehhh sangat masa press tu pasai apa .... ?
    sedehhh sebab kena saman juta juta ... ??
    sedehhh sebab kes dalam kelambu tak settle lagi ... ??
    sedehhh sebab bapak nak masuk jail ....??
    sedehhh sebab mak payah jadi MB Selangor ... ??
    atau sedehhh sebab dah tak de benda nak buat ... ??
    udah ler .... ko .. mak ko ... bapak ko sama jer ... kaki temberang
    hakkkkkkk tuiiiiiiii

  2. Anonymous says:

    seperti orang gila kuasa macam tu la. buat apa saja asal dapat. tanpa memikirkan dosa ke tidaknya.. (Bila HAti dah mula GELAP)

  3. Anonymous says:

    Sampai kalah Raja Nong Chik....aku pelik dan heran Kenapa orang Pantai pangkah Nurul izzah...tidak kah mereka mahu berfikir !

  4. Anonymous says:

    Kes dah selesai ,tapi yg sedihnya Raja Nong besalam tangan dengan yg bukan muhrim , dapat pulak dosa ,

  5. Anonymous says:

    apa ingat orang lembah pantai ada otak ke ..... hah ! .... dapat la wakil rakyat kaki temberang anak kepada ketua kaki temberang
    camana acuan ... cam tu la kuehnya

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.