..

..

KHALID SAMAD SEPERTI BUANG FILEM SARJAN HASSAN, DILUDAH BANGSA SENDIRI !!

on Tuesday, August 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Baru semalam Filem Sarjan Hassan ditayangkan di TV dan ia mengingatkan kepada watak Buang yang menjadi pengkhianat bangsa di tanahair sendiri . Beliau dipukul dan dimaki bangsa sendiri di akhir filem ini kerana sanggup menjadi talibarut Jepun .

Hari ini , watak Buang  telah muncul  kembali dan Khalid Samad yang mengeluarkan pernyataan menghasut berkaitan dengan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang turut menyentuh kuasa Sultan Selangor  telah   menerima padahnya bila ditampar , diludah dan dimaki " Pengkhianat Melayu " oleh bangsa sendiri .

Ternyata tindakan beberapa lelaki   yang melakukan tindakan ini pastinya sudah sudah hilang sabar terhadap tindakan biadap Khalid mempertikai kuasa MAIS  dan Sultan Selangor.

Khalid harus ingat tahap kesabaran orang Melayu ada batasnya .

Sekarang terima lah akibatnya ....





Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini disembur dengan air, diludah dan ditampar beberapa kali oleh seorang lelaki ketika sedang melalui tangga utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut dilemparkan kata-kata kesat oleh beberapa lagi individu yang datang bersama-sama lelaki tidak dikenali itu yang dikatakan telah menunggu Khalid di lobi beberapa minit sebelum kejadian.

Kumpulan tersebut terus mengekori Khalid hingga ke tempat letak kenderaan dan terus meludah beliau walaupun Khalid telah memasuki keretanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang, dua jam selepas Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan pernyataan menghasut berkaitan dengan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan selepas jaminan RM4,000 dibayar oleh rakannya. - UTUSAN ONLINE




Ketika mahu meninggalkan kompleks mahkamah selepas diikat dijamin, anggota parlimen PAS Khalid Samad disekat sekumpulan pemuda Melayu yang tidak puas hati dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini, katanya, mereka mengeluarkan kata-kata kecaman padanya.

Malah, menurutnya, seorang daripada mereka tampil meludahnya.
“Ketika saya mahu meninggalkan (kompleks mahkamah), seorang lelaki Melayu datang kepada saya dan tanya sama ada saya Khalid Samad, anggota parlimen Shah Alam. Lepas saya kata 'ya', dia ludah saya.

“Dan kemudian, datang lagi sepuluh orang dan menghina saya, gelar saya pengkhianat Melayu.

“Ketika kami bergerak menuju kereta, mereka mula bertempik dan berkelakuan liar. Tetapi mereka tidak sentuh saya,” katanya.

Beberapa orang lagi turut menyaksikan insiden itu.

Khalid hari ini didakwa atas tuduhan menghasut atas kenyataannya yang menggesa agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bawah Akta Hasutan dan mengaku tidak bersalah.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    PAdam Muka Yahudi Tua Sial Ni!!

  2. Anonymous says:

    buang dibunuh oleh sarjan hasan sementara khalid samad baru diludah.....

  3. Anonymous says:

    bagus , anak jantan

  4. Anonymous says:

    pembela kuat kristian ni... tegok mukapun macam celaka! inilah melayu celaka yang dimaksudkan oleh si paria ns rayer ari tu

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.