..

..

KHALID IBRAHIM JADI CALON MB SELANGOR OLEH BN JIKA DUN BUBAR ??

on Tuesday, August 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Tan Sri Khalid Ibrahim bakal menjadi calon Menteri Besar Barisan Nasional jika Dewan Negeri Selangor dibubarkan oleh Tuanku Sultan Selangor.

Najib&Khalid-Buka PuasaSumber dalaman Barisan Nasional memberitahu bahawa pucuk pimpinan parti sedang mempertimbangkan secara serius Khalid sebagai calon Menteri Besar berikutan kajian yang menunjukkan kaum Cina lebih selesa dengan pentadbiran Khalid Ibrahim yang tidak begitu bersifat Melayu dan Islamik.



Khalid setakat ini dilihat positif terhadap cadangan tersebut namun ingin melihat terlebih dahulu sama ada DUN akan dibuabarkan atau tidak.
Di sebalik tindakan-tindakan membakar jambatan dengan PKR, Khalid dilihat masih bermain tarik tali dalam isu ini. Ini menjadikan senario politik Selangor beberapa minggu ini akan berada dalam keadaan sangat tegang dan kontroversi.

Bagaimanapun, sumber dalaman juga menyatakan perbincangan sulit ini membabitkan kepimpinan tertinggi BN Pusat tanpa kehadiran atau pengetahuan BN Selangor.

Pencalonan Khalid sungguhpun mungkin menjejaskan maruah BN Selangor terutamanya UMNO Selangor, namun ia merupakan jalan terbaik pada masa ini untuk merampas semula Selangor.

Semalam kami melaporkan kemungkinan Tuanku Sultan Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor sekiranya krisis politik negeri tersebut gagal diselesaikan sehingga hujung minggu ini.

Menteri Besar ‘dalam buangan’, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka menghadap Sultan petang ini bagi memaklumkan bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti berikutan tindakan Pas menukar sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun krisis ini dijangka berlarutan kerana calon tunggal Pakatan Rakyat dari PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak mempunyai 30 akuan bersumpah (SD) dari ADUN yang menyokong beliau seperti mana yang beliau dakwa sebelum ini.


Selain itu, kemungkinan bubar juga boleh berlaku jika Tuanku tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan kepada baginda. -MYKMU.NET


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Kenapa nak utamakan kaum Cina? Utamakanlah org melayu & Islam! Cina Kapir jgn dimanjakan.

  2. Anonymous says:

    Bubar aje DUN...KITA TENGUK SAMADA RAKYAT SELANGOR NAK BODOH DAN JADI LEMBU KE LAGI...

  3. Anonymous says:

    Bubar Dun Selangor . Baru tahu nasib PR yg bercakaran satu sama lain. Ini lah masa penentuan siapa yg meneraju kerajaan negeri selangor . Rakyat bosan dgn PR yg mabuk kuasa.

  4. Anonymous says:

    Daulat Tuanku! Tuanku Sultan tak iktiraf wujudnya Pakatan haram Rakyat. 2 nama satu parti. Apakah maksudnya itu?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.