..

..

KERANA VOKAL KRITIK KERAJAAN DAP , AKTIVIS DIBELASAH SAMSENG PPS @dzainalabidin

on Tuesday, August 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




SKUAD PERONDA SUKARELA ATAU SKUAD PEMUKUL SUKARELA ??

Itu yang menjadi MIMPI ngeri buat lelaki Cina Ong Eu Soon yang teruk dipukul sekumpulan lelaki dari PPS milik kerajaan DAP . 

Sebabnya beliau selalu mengkritik dasar kerajaan DAP yang dilihat menindas rakyat . 

Sudah acapkali berlaku insiden seperti ini dan sewajarnya anggota di dalam PPS ini diteliti oleh pihak berkuasa kerana dikhuatiri ada samseng dan ahli kumpulan gangster menganggotainya .

Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa sikap tidak bertamadun dan samseng PPS dek kerana mahu pertahankan kerajaan DAP .





Niat murni seorang aktivis sosial mengkritik dasar dan pelan tindakan kerajaan negeri yang dilihat tidak menyebelahi rakyat memakan diri selepas dia diserang sekumpulan lelaki yang dipercayai merupakan anggota Skuad Peronda Sukarela (PPS) dalam satu kejadian di Bandar Baru Air Itam di sini malam tadi.

Aktivis berkenaan, Ong Eu Soon, 51, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, dia yang menghadiri majlis makan malam tokong Cina tiba-tiba didatangi sekumpulan kira-kira 10 lelaki yang sebahagiannya memakai pakaian seragam PPS.

"Kumpulan berkenaan bertanya siapa Ong Eu Soon kepada saya dan lantas saya bertanya mengapa mencari lelaki berkenaan.

"Dalam cuba mendapatkan kepastian itu, tiba-tiba ada seorang daripada mereka terus menyerang saya dari belakang. Mereka memukul sehingga menyebabkan saya mengalami kecederaan di bahagian kiri muka berhampiran mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.