..

..

JAMALUDDIN RADZI AKUI CERITA SEBENAR DR ZUHDI TENTANG BEHRANG MOVE

on Friday, August 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Anwar akan terperangkap dengan mainan kotornya,” Itu reaksi bekas Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi berhubung kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di laman sosial yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau berkata, kenyataan Mohd Zuhdi itu secara tidak langsung mula menampakkan kebenaran yang selama ini tidak diketahui umum termasuk permainan politik cuba diaplikasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamaluddin turut mengakui kenyataan berkenaan menceritakan mengenai perkara sebenar yang berlaku khususnya di Perak, lima tahun lalu termasuk berhubung ‘Behrang Move’ yang terkandung dalam kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu sebenarnya menceritakan perkara sebenar, lagipun pada ketika itu saya dan rakan lain tiada pilihan. Sebagai Adun bebas, sudah tentulah kami akan lebih berpihak kepada pihak yang mahukan kami, bukannya pihak yang dah ‘tak nak’ kita, kan?
“Keseluruhannya, betullah, apa yang Zuhdi kata tu dan kalau dia (Zuhdi) nak tahu lebih lanjut, dia boleh datang berjumpa dengan saya selepas ini, katanya mengulas mengenai status Facebook Mohd Zuhdi yang dimuat naik pada 27 Julai lalu yang turut mengaitkan ‘Kajang Move’ dan ‘Behrang Move.

Jamaluddin berkata, Pas adalah pihak sebenar yang merampas kuasa di Perak, biarpun hanya memenangi enam kerusi berbanding PKR yang memenangi tujuh kerusi.
Malah dakwanya, Anwar juga pernah menawarkan jawatan Menteri Besar Perak kepadanya.

“Ramai tak tahu, rampasan kuasa sebenarnya dilaksanakan oleh Pas walaupun mereka (Pas) hanya memenangi enam kerusi berbanding tujuh dimenangi PKR. Oleh itu, bagaimana Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai menteri besar?

“Saya sendiri pernah ditawarkan jawatan berkenaan, tetapi saya tahu saya tidak layak, tambahan pula dalam PKR sendiri wujud macam-macam team. Team atau puak-puak ini memang tidak sukakan saya.

“Sekarang, Anwar cuba nak buat benda sama di Selangor. Bagi saya, dia pencatur yang anggap dirinya bijak. Saya rasa dia akan terperangkap juga nanti,” katanya yang juga bekas Bendahari PKR Perak.


Sementara itu bekas Naib Ketua AMK Perak, Faizal Effendi Hashim berkata, beliau berasakan kemelut dan perdebatan jawatan menteri besar di Selangor bakal menjejaskan harapan PR untuk menakluki Putrajaya khususnya pada PRU 14 nanti.   

Katanya, perkara tersebut jelas memandangkan majoriti pimpinan dan penyokong Pas menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mahu beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Walaupun ada pimpinan tertinggi Pas bersetuju menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail melalui mesyuarat khas PR tempoh hari namun kita dapat lihat bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pas Selangor menentangnya secara terbuka.

“Melalui perbezaan itu juga kita dapat lihat bahawa permuafakatan antara Pas, DAP dan PKR semakin longgar dan menuju kepada perpecahan lebih besar,” katanya


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Kalau begitu Jamaluddin Razi dan Osman Jilu mungkin di perangkap oleh Anwar sendiri berkaitan dgn kes rasuah mereka.,Anwar mahu mereka meletak jawatan bagi membolehkan PRK,kemudian akan mencalunkan tokoh yg lebih berwibawa supaya jawatan MB Perak kembali ke tangan PKR.Otak Anwar memang sentiasa berpusing utk merencana kepentingan diri.

  2. Anonymous says:

    Nama Allah bole pakat2 juall...

    Hudud bole pakat2 juall....

    X kan jawatan mb x lehh pakat2.....

    Mustahill.laaa......

    Atau mmg ada rahsia besar ......??????

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.