..

..

ANWAR JANGAN PAKSA SULTAN LANTIK BINI JADI MB SELANGOR - GRABS

on Tuesday, August 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh memaksa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya memperkenankan pelantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Demikian tegas, Hanafiah Hussin, jurucakap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerak Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS).
“Rakyat Selangor tak restu Datin Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar kerana kamu bukan anak Selangor dan kamu dilantik oleh suami kamu.
“Sedangkan perlantikan kamu itu adalah lantikan bijan terjun sebagai Menteri Besar yang disokong oleh Anwar sendiri, memaksa Lim Guan Eng (DAP), kini memaksa pula PAS untuk (turut) menyokong..
“Eh..ini parti apa ni ? Boleh suka-suka ke letak ‘aku nak bini aku jadi menteri besar. Sultan bagi tak bagi, aku (tetap) nak juga.’
“Patut kena hormat dengan institusi raja, hormat dengan rakyat Selangor,” kata Hanafiah yang juga ahli PKR ketika berkumpul dalam majlis pelancaran GRABS di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Sabtu.
Seorang lagi anggota PKR cabang Sabak Bernam, Mohd Faisal Idris (Pak Faisal Ks) berkata pelantikan Wan Azizah merupakan satu pelanggaran terhadap Deklarasi Permatang Pauh 1998, yang antara lain menentang nepotisme, kronis medan memperjuang keadilan untuk semua.
Beliau juga turut menyelar PKR yang didakwanya telah memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa memberi keadilan yang sewajarnya.
“Keadilan apa yang diberikan kepada Abdul Khalid bila dia tidak diberi tempoh masa yang secukupnya bagi menjelaskan segala tuduhan, sedangkan Anwar sendiri diberi ruang untuk menangguhkan rayuan (kesnya di mahkamah) sebanyak 67 kali,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan pendapat Prof Dr Ahmad Atory Hussain yang berkata Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh memaksa Sultan Selangor menerima calon Menteri Besar Selangor pilihan mereka, Wan Azizah.
Menurutnya, Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan mana-mana individu yang layak menjadi menteri besar.
“PR tak boleh mendesak Sultan…nak paksa-paksa pilih itu atau pilih ini. Tak boleh. Itu Sultan punya kuasa.
“Kalau baginda berkenan dengan Wan Azizah, Wan Azizah jadi menteri besarlah. Rakyat atau ketua parti tak boleh paksa Sultan. Itu tak betul,” katanya.
Beliau turut menyentuh tentang keputusan Majlis Mesyuarat PR yang hanya meletakkan satu calon tunggal-Wan Azizah-sebagai calon MB Selangor.
“Mengikut peraturan, pihak parti mesti beri sekurang-kurangnya tiga nama. Tak boleh letak satu nama sahaja.
“Lengkapkan syarat sahaja nama lain itu. Sepatutnya letaklah nama Azmin. Sultan perlu lihat siapa saja yang parti mahukan. Kebiasaannya memang beri lebih daripada satu nama.
Ia (beri satu nama) seperti memaksa Sultan. Jadi perlu bagi lebih daripada satu nama supaya Sultan boleh pilih,” katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    kankah rakyat selangor pilih pakatan rakyat dalam pru yg lepas yg dipimpin oleh ketua umum pkr.....hasrat ketua umum nak ke putra jya belum lagi tercapai....macam2 langkah yg telah dibuat... ni pun langkah juga....kita tengoklah kalu ada pilihan raya kecil negeri rakyat masih nak sokong langkah demi langkah sehingga tercapai.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.