..

..

VIRUS JE TERUS MENYERANG , LAGI KANAK-KANAK P.PINANG JADI MANGSA

on Thursday, July 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE), dipercayai selepas melawat datuknya di Bagan Jermal.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim dalam satu kenyataan berkata,  pemeriksaan darah terhadap kanak-kanak itu pada 24 Jun lepas mendapati ia  positif JE.

"Kanak-kanak itu pada mulanya mengalami demam dan kejang-kejang dan dimasukkan ke  Hospital Seberang Jaya pada 13 Jun. Keadaannya semakin serius dan perlu mendapat rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Di HPP pesakit telah dimasukkan ke wad Pediatrik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setelah menerima rawatan intensif, pesakit telah menunjukan respons yang baik," katanya.

Tambah Dr Lailanor, kanak-kanak itu telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 18 Jun.

"Doktor pakar dari HPP memberitahu, kanak-kanak itu telah beransur pulih setelah menerima rawatan intensif selain kini boleh makan dan minum," ujarnya.

Bagaimanapun, Dr Lailanor memberitahu, pesakit itu masih dirawat di HPP dan sedang menjalani fisioterapi.

Jelasnya, pihaknya akan membuat siasatan lanjut terhadap keluarga pesakit untuk pengesanan kes secara aktif selain langkah-langkah kawalan akan diambil.

"Pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lepas adalah  positif dan hari ini pihak HPP sekali lagi mengambil sampel darah pesakit untuk kepastiaan, ia dijangka diketahui dalam masa terdekat," katanya.

Sebelum ini, seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat disyaki dijangkiti virus JE dan masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru.

Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, pada awalnya dikatakan mengalami demam panas sejak 18 Mei lalu dan dimasukkan ke Hospital Kepala Batas selepas  demamnya itu berlarutan sebelum dipindahkan ke hospital swasta itu pada 21 Mei.


One Response

  1. Anonymous says:

    Lepaskan babi2 tu kat pejabat dan rumah KM PP.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.