..

..

VIRUS JE : SOAL NYAWA MANUSIA ATAU BABI LEBIH PENTING - REEZAL

on Wednesday, July 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



GEORGETOWN - Penempatan ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor perlu dikaji semula jika terbukti ia menjadi punca penularan virus Japanese Encephalitis (JE).

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penempatan semula ladang babi perlu dilakukan jauh dari kawasan penduduk mengikut jarak yang munasabah.

Menurutnya, perkara itu penting kerana ia melibatkan soal nyawa manusia yang berisiko dijangkiti virus berkenaan.

Beliau berkata, ladang babi terbabit sudah lebih 40 tahun beroperasi dan perlu perhatian yang lebih serius kerana ada laporan dibuat mengenainya yang dikatakan tidak mengikut piawaian ditetapkan.

"Perkara ini amat merisaukan dan kita harap tindakan tegas dapat diambil jika benar wujud tanda-tanda virus JE di ladang berkenaan.

"Namun apa pun sekarang ini, kita tunggu keputusan jabatan kesihatan negeri terhadap sampel yang diambil dan dijangka diketahui Jumaat ini," katanya kepada media selepas melawat murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Muhammad Ammar Muqnish Zulkiffli yang disyaki dijangkiti virus JE.

Muhammad Ammar Muqrish,12, ditempatkan di unit rawatan kritikal di sebuah hospital swasta dan perkembangannya dipantau rapi berikutan sering diserang sawan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.