..

..

VIRUS JE : EXCO KERAJAAN DAP HANYA PANDAI SALAHKAN KKM TAPI LADANG BABI DIBIARKAN ?? @RRafizal @dzainalabidin

on Thursday, July 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Ini lah style KM & Exco kerajaan DAP lepas tangan  bila virus JE menimpa rakyatnya .. tuding jari salahkan pihak lain terutama  agensi kerajaan Pusat. 

Mereka mendakwa lewat dapat makluman kes jangkitan  JE  menyebabkan JPV lambat melakukan langkah pencegahan .   

Nak mencegah apa lagi Dr Afif ??  Anda boleh jamin ke langkah pencegahan ini boleh menghindari virus ini terus merebak  kepada rakyat yang tinggal berdekatan ?  


Seperti kata Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican semalam (klik di sini),   pusat penternakan babi di Kg Selamat itu perlu dikaji semula   demi kepentingan nyawa manusia  daripada  masalah virus JE ini 




Kementerian Kesihatan didakwa lewat memaklumkan kes jangkitan JE yang berlaku di negara ini kepada umum.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam bahawa 16 kes jangkitan virus berkenaan berlaku dalam 2014 dengan empat kematian agak mengejutkan.

“Kenapa Kementerian Kesihatan gagal memaklumkan kes ini lebih awal. Sepatutnya ia memberi amaran awal kepada masyarakat dan melaksanakan langkah pencegahan terutama melibatkan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Contoh kes yang berlaku baru-baru ini, JPV Pulau Pinang hanya mengetahuinya melalui laporan media. Tiada makluman rasmi Kementerian Kesihatan kepada jabatan itu sama ada peringkat pusat dan negeri,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta Subramaniam menyiasat kegagalan ini dan mengatasinya segera selain menambah baik sistem perkongsian maklumat antara kementerian atau jabatan.

Virus JE tergolong dari kumpulan penyakit zoonotik dan jangkitan wabak ini boleh menyebabkan kesan yang teruk kepada manusia dengan kadar kematian sehingga 60 peratus untuk pesakit yang menunjukkan gejala, manakala lebih kurang 30 peratus pesakit akan mengalami kerosakan pada sistem saraf pusat.


One Response

  1. Anonymous says:

    Kita yang tak makan babi pun boleh berjangkit apatah lagi yang makan...rosak jiwa dan mental menjerit rakus nak rebut hak orang lain. Sebijik perangai macam babi.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.