..

..

UMNO P.PINANG TAK PUAS HATI PEGUAM NEGARA TAK DAKWA RAYER @dzainalabidin

on Monday, July 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




- UMNO Pulau Pinang meminta Jabatan Peguam Negara berlaku adil ketika mengemukakan pendakwaan di mahkamah terhadap individu yang menimbulkan kekacauan.

Sambil meminta jabatan berkenaan tidak mengamalkan 'pendakwaan terpilih', Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, timbul persoalan dalam kalangan rakyat kerana ada individu tertentu yang terbukti memulakan provokasi sehingga mencetuskan reaksi balas tidak didakwa.

"Dalam hal ini, kita berasa hairan kerana pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer masih tidak dilakukan sedangkan 15 Pemuda UMNO yang memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini telah dihadapkan ke mahkamah.

"Perkembangan ini menunjukkan seolah-olah Peguam Negara mengamalkan sikap pilih kasih. Harus diingat undang-undang mesti ditegakkan tanpa mengira individu terbabit seorang ADUN atau ahli parti politik biasa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Badan Perhubungan UMNO negeri dan majlis berbuka puasa di sini petang semalam.

Dalam majlis itu, beliau turut menyerahkan bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM100 dan pemberian hamper bernilai RM50 kepada 200 penerima serta anak yatim di sekitar Parlimen Tasek Gelugor.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, Peguam Negara harus bertindak adil dalam menegakkan undang-undang dan tidak perlu bimbang dengan kritikan pihak tertentu ketika menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Janganlah hanya disebabkan takut kepada kritikan penyokong pakatan pembangkang di laman sosial seperti Facebook atau risau dihentam laman berita propembangkang, Peguam Negara tidak mendakwa Rayer," katanya.

Katanya, tindakan Rayer yang menyebut UMNO celaka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengulanginya ketika ceramah di tempat terbuka ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada Mei lalu sebenarnya telah mencetuskan isu berkenaan.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Ghani Setahil memang tak buat kerja....ubah, tukar, nak dakwa pun pilih2 siapa? KPI, Penguam Negara bagaimana?

  2. Anonymous says:

    AG mendapati sememangnya UMNO itu celaka, oleh itu tak dapatlah beliau mengambil tindakan terhadap Rayer.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.