..

..

TWEET LAKONAN ZUHUD KHALID SAMAD SELEPAS DIMURKAI SULTAN SELANGOR

on Wednesday, July 16, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Dulu Nizar Jamaluddin terkenal dengan SEMBAH DERHAKA , kini Khalid Samad pulak buat hal hingga DYMM  Sultan Selangor MURKA...

Tapi si Khalid Samad ini punya kurang ajar bila dapat tahu kemurkaan DYMM Sultan Selangor  kelmarin  , bukannya dia nak mohon maaf tapi  sindir lagi di twitter seperti tertera  di atas . 

Berselindung menggunakan AGAMA  , GPB boleh katakan ini orang  memang sifat orang  MUNAFIK !

Kemurkaan  DYMM Sultan Selangor bersebab   kerana Khalid Samad  mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS dalam mempertahankan kesucian agama Islam .Itu yang menimbulkan kemurkaan baginda Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Selangor.


Jadi  tak perlu  Khalid Samad samakan kemurkaan ini sama  seperti  Rasulullah yang berdakwah Islam di Taif  &  baginda berdoa kepada Allah S.W.T  . 

Anda  marah sangat  MAIS kerana isu tak pulang BIBLE KRISTIAN   ...

Jadi ..jangan berlakon ZUHUD  la Khalid Samad  !!   





Ahli Parlimen Pas, Khalid Abdul Samad berharap beliau dapat menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan kepada baginda tindakannya mempertikaikan serta meminta kerajaan negeri menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebelum ini.

Menurutnya, sebagai rakyat Selangor, beliau akur dengan segala penegasan yang telah dibuat oleh baginda ke atasnya mengenai tindakannya sebelum ini.
"Saya terima dan akur dengan semua teguran baginda terhadap saya. Saya harap dapat mengadakan pertemuan dengan baginda untuk mendengar sendiri pandangannya selain saya memberikan penjelasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin hari ini menyatakan rasa kesal dan dukacita terhadap Ahli Parlimen Shah Alam itu yang dilaporkan menerusi media sebelum ini mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS selain mencadangkan kerajaan negeri supaya kuasa majlis itu dihapuskan.

Ketika bertitah dalam majlis perasmian Masjid Pekan Sepang hari ini, baginda menegaskan sebagai bukan seorang anak jati Selangor, Khalid sepatutnya melengkapkan diri dengan memahami sejarah serta mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Selain itu, baginda turut menegur Khalid yang disifatkan jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda menjalankan kuasanya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor.

Pada masa sama, sikap dan tindakan Khalid itu menurut baginda seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangan beliau terhadap kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam di Selangor yang mendapat nasihat daripada MAIS.
Malah, menurut baginda tindakan mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor bukanlah kali pertama dilakukan Khalid yang menganggapnya sudah lapuk.


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Bangsa manusia laknat babi ni harus di ajar cara menjadi manusia dan bukan jadi babi peliharaan DAP DAN PAS laknatullh

  2. Anonymous says:

    Aku rasa maksud tweet dia adalah menjemput orang baling batu kat dia...
    tunggu apa lagi?

  3. Anonymous says:

    Mana dia tahu yang dirinya tak di murkai Allah akibat kesetanan dan kebangangan diri nya . Ko memang anak har..... La khalid ibli....

  4. Anonymous says:

    Masalah utama Umat Islam di Malaysia,ialah bagaimana nak berhadapan dgn kaum munafik!kerana mereka ini amat berbahaya dari KAFIR!masalahnya kita susah utk mengenali mereka,kerana mereka juga mengetahui selok belok islam,dan boleh menterjemahkan al Quran dan hadiz dgn begitu baik sekali!

  5. Anonymous says:

    Kesian... Nak samakan diri macam Rasullullah SAW.. Sejak bila berperangai macam Baginda..? Harap2 nyawa nak tercabut masih mampu mengucap..

  6. tobeng says:

    Eleh khalid gereja,tak payah peralatkan hadis sangatlah.Ko dapat nama timangan gereja tu bukan tak bersebab.Yang ni pun kes pasal kristien jugak.Elok benar kalau ko dilantik jadi exco gereja.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.