..

..

SEBARAN BERITA WANITA DIROMPAK & BUNUH DI KL OLEH SINDIKET ADALAH BOHONG

on Wednesday, July 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kuala Lumpur, 2 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini
menafikan khabar angin kononnya terdapat sindiket yang merompak dan membunuh beberapa wanita di sekitar ibu kota.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata khabar-khabar angin yang tersebar melalui media sosial seperti WhatsApp dan Facebook itu adalah tidak benar.

"Hebahan mengenai insiden yang melibatkan beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Puduraya, Bukit Bintang dan KLCC oleh satu sindiket adalah tidak benar.

Maklumat palsu ini pernah disebarkan pada Julai 2012 dan kini ia kembali dihebahkan bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dikalangan orang ramai. Hasil siasatan mendapati, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu di sekitar ibu kota," tegasnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui sumber yang tidak sahih. -BERNAMA


One Response

  1. Anonymous says:

    tompang lalu

    POLIS, JPJ, SPAD, SPRM TIDOR KAH??

    SILA DUDUK DEPAN TESCO EXTRA BUKIT PUCHONG..LIHAT BERAPA PULUH LORI MEMBUAT BERAPA RATUS TRIP SEHARI, MENGANGKAT TANAH MELEBIHI MUATAN DENGAN KADAR TERLAMPAU..LORI 20 TAN BAWA 30-40 TAN MUATAN, ISIAN MACAM BONGGOL UNTA..

    APA YANG MENYEBABKAN KAMU SEMUA BUTA?? DUIT DARI TOKEY LORIKAH ATAU KAMU MEMANG MAKAN GAJI HARAM !!

    ini pun bohong juga kah??

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.