..

..

PUISI UNTUK PM DATO SERI NAJIB , HADAPI MUSIBAH BERAT MENIMPA NEGARA #MH17

on Sunday, July 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Dato Seri, Usah Bersedih, Kami Rakyat Di Belakangmu

Dato' Seri Najib,
Ujian yang maha berat ini
Ketika tragedi MH17 dan MH370
Kita sugul dan bersedih,
Bagaikan Gunung Kinabalu runtuh menyembah bumi
menimbus hati jiwa dan raga,

Namun Dato' Seri,

Usah dikau bergundah,
Jangan dikau patah hati,
Airmatamu Airmata rakyat,
Kerana di saat sukar ini,
Rakyat mendamba semangatmu,
Rakyat menjadi kuat kerana ketenanganmu,
Rakyat hidup di tengah keabdianmu,

Percayalah Dato' Seri,

Musuh-musuh yang berkeliaran
Yang bercita-cita meranapkan negara kita
Tidak akan punya hati perut
Walau dua pesawat sudah hilang
Walau Sabah diserang siang dan malam
Walau parasit-parasit bermaharajalela
Mereka hanya akan berhenti
Apabila Malaysia sudah hilang,

Dato' Seri

Selagi hayat di kandung badan
Jangan berhenti melangkah
Jangan mengalah di tengah medan
Jangan rebah jangan berundur,
Kerana rakyat rela berkorban
Harta nan nyawa
Demi negara yang tercinta.

Mari kita melangkah Dato' Seri,
Mari menjadi Pahlawan Malaysia
Mari menjadi Penggawa Negara
Kuatkan semangatmu
Teguhkan pendirianmu
Negara tidak akan punah
Negara tidak akan hancur
Negara akan terus merdeka
Bersama ketenangan dan iltizam mu.

Bangun Dato' Seri kami bersamamu

Bangun Dato' Seri kami di belakangmu
Bangun Dato' Seri kami berjanji
Selagi hayat di kandung badan
Biar putih tulang nan putih mata
Padang jarak nan padang tekukur
Kita akan bersama-sama
Mengharungi onak dan duri
Demi Malaysia yang tercinta...

Al-Azharri Siddiq,

KLIA.

Sumber : jentayuabaka


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Yg betul begini.. den kasi sikit jo sbab panjang sgt.
    Namun Dato' Seri,
    Usah dikau bergundah,
    Jangan dikau patah hati,
    Airmata kepura2an mu Airmata sandiwara,
    Kerana di saat sukar ini,
    Rakyat mendamba kesediaanmu berundur,
    Rakyat menjadi meluat kerana kebodohanmu,
    Rakyat hidup di tengah kesangsaraan kerana ketamakkan kuasamu,
    Rakyat memohon agar Dato' Sri berundurlah,
    Kerana rakyat tidak sanggup menerima bala2 yang akan dtg selepas ini
    Sedarlah dirimu wahai Dato' Sri bahawa dirimu adalah PM terbodoh dan terdunggu yang Msia pernah ada,

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.