..

..

PKR MALU BESAR BILA PROF AGUS RAMAL NOH OMAR JADI MB SELANGOR !!

on Thursday, July 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Seorang penganalisis politik berseloroh, 'silap-silap bukan Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Timbalannya, Azmin Ali diangkat jadi Menteri Besar Selangor yang baharu, tetapi Pengerusi BN negeri itu yang terpilih untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim'.
Profesor Agus Yussof berkata demikian sebagai reaksi kepada sikap tergopoh-gapah pemimpin PKR dan rakan kompenan Pakatan Rakyat yang lain, DAP dan PAS berhubung kemelut untuk menggugurkan Khalid daripada jawatan nombor satu dalam Selangor itu.
 
"Kenapa perlu tukar MB yang sedia ada? Sudahkah beliau meletakkan jawatannya?
 
"Maka saya kata, selesaikan dulu krisis MB ini secara baik. Jangan gopoh. Nanti MB sekarang nasihatkan Tuanku Sultan supaya bubarkan DUN, semuanya terlopong nanti.
 
"Sekiranya Tuanku setuju bubar DUN, entah-entah selepas itu, yang jadi MB bukannya Wan Azizah atau Azmin, tetapi YAB Noh Omar. Dalam politik semuanya mungkin," ujar Agus menerusi laman Facebooknya, pagi tadi.
 
Kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor hanggat menjadi perdebatan banyak pihak sejak daripada awal tahun lagi.
 
Namun isu itu tidak menampakkan jalan penyelesaian biarpun beberapa ahli Parlimen PKR diberi surat tunjuk sebab kerana lantang mengeluarkan kenyataan bersabit kedudukan Khalid.
 
Antaranya Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid; Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin; ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari, Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dan banyak lagi.
 
Astro Awani sebelum ini melaporkan sumbernya memberitahu Khalid akan digantikan selepas Hari Raya Aidilfitri.
 
Sumber itu memberitahu Azmin bakal dipilih untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Khalid.
 
Kenyataan itu timbul biarpun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu tiada gesaan untuk menggugurkan Khalid.
 
Khalid pula dilihat cuba menyakat PKR apabila menyertai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbuka puasa baru-baru ini.
 
Khalid juga dilihat memuat naik sekeping gambarnya bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
 
Tindakannya itu mencetuskan khabar angin baru kononnya Khalid akan menyertai Umno ataupun PAS.
 
Khalid bagaimanapun menafikan desas-desus itu dan berkata 'jika berdasarkan gambar sudah banyak parti yang saya masuk'. 
 
 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.