..

..

PENSYARAH ANTARA 5 RAKYAT MALAYSIA TERBABIT MILITAN DIKEHENDAKI @PDRMsia

on Wednesday, July 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Tahniah kepada PDRM   yang mana hari ini mendedahkan 5 rakyat Malaysia terbabit dalam aktiviti militan dengan menganggotai ISIL & Kumpulan Abu Sayyaf . 

Pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya merupakan salah seorang dari lima suspek yang diburu polis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pensyarah berusia 36 tahun yang dikenali dengan nama Dr Mahmud Ahmad berasal dari Batu Caves, Selangor.

Dr Mahmud bersama empat suspek yang lain dikatakan telah meninggalkan Malaysia dan kini bersembunyi di selatan Filipina.

Suspek

"Tiga daripada mereka disyaki terlibat dalam merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Islamic State of Iraq and The Levant (ISIL) di Syria.

"Sementara dua lagi adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) di Selatan Filipina," katanya.

Beberapa rakyat Malaysia disyaki terlibat dengan aktiviti militan untuk berjihad di Syria dan di Selatan Filipina.

Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria.

Selain itu, bekas pemain drum sebuah kumpulan pop 90-an, iaitu Ali Ukays dikatakan turut menyertai pergerakan jihad di Syria bersama Lotfi.

ISIS juga dikatakan menjemput golongan profesional untuk menyertai mereka dalam pembentukan 'negara pemerintahan berkhalifah'.









One Response

  1. Anonymous says:

    Setiap muslim yang faham agama ...ada butang jihad dalam hati...cuma butang tu bila nak on bergantung kepada sejauh mana ancaman terhadap islam di malaysia...macam panglima salleh berjihad lawan komunis laa...
    Yg militan kat atas tu berjihad atas dasar ape ye..sedangkan ramai orang Islam masih tak sembahyang 5 waktu di Malaysia...itu yang patut kita betulkan dulu..Anda berlima tak boleh tumpaskan musuh islam...kalau semua org Islam Msia cukup sembahyang 5 waktu dengan sendirinya musuh akan gerun dan ketakutan.Fikir fikirkanlah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.