..

..

PEMIMPIN DAP PERLEKEH POLIS TAK DAPAT PERTAHAN DIRI , BAGAIMANA NAK LINDUNGI RAKYAT ?

on Monday, July 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Biadap sungguh mulut Guan Eng  yang  menghentam PM  & kerajaan tetapi secara halusnya menghina Polis Diraja Malaysia yang mengawal di sempadan negara di perairan Sabah . 

Insiden terbaru di Pulau Mabul  menjadi kenduri sakan buat pemimpin pembangkang & macainya di media sosial   menghina & memperlekehkan kemampuan  anggota keselamatan mempertahankan kedaulatan negara di  perairan Sabah daripada diceroboh & pengganas . 

Kenyataan Guan Eng   iaitu " Polis juga tidak dapat mempertahankan diri sendiri , bagaimana rakyat umum nak dilindungi "  jelas   satu penghinaan terhadap pengorbanan anggota keselamatan terlibat dalam  ESSCOM  .  

Seperti kata Menteri KDN , pencerobohan ini membabitkan soal maruah negara  ia merupakan masalah bersama dan bukannya kesalahan itu diletakkan di bahu pasukan keselamatan semata-mata. 

Sewajarnya pasukan keselamatan kita perlu diberi sokongan moral bukannya mengutuk & perli seperti dilakukan Guan Eng & macainya   !!





Isteri balu redha pemergian suami kerana pertahankan negara 
tapi Dap persoal    kemampuan Polis lindungi negara. 




Kejadian tembak-menembak berdarah malam tadi menunjukkan betapa kumpulan militan tidak mengambil kisah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Lim Guan Eng. “Pada hari sama PM tiba di Sabah, pengganas pun melancarkan serangan. Apa mesejnya? “Mereka langsung tidak kisah, menghina dan tidak hormat padanya.

 “Ini seperti baling kasut pada Najib,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis memperingati kematian lima tahun Teoh Beng Hock di tanah perkuburan di Semenyih, Selangor hari ini.

Lim  berkata, jika kerajaan tidak dapat menjamin keselamatan dan polis juga tidak dapat mempertahankan diri sendiri, bagaimana rakyat umum akan dilindungi. - malaysiakini-



JANGAN PERLEKEHKAN ESSCOM KAWAL KEDAULATAN NEGARA




Media sosial di negara ini diingatkan agar tidak memperlekehkan usaha pasukan keselamatan yang mengawal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sebaliknya harus bersama-sama kerajaan mendaulatkan negara daripada sebarang pencerobohan.
    
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang berlaku di perairan Sabah termasuk terbaru semalam, ia membabitkan soal maruah negara dan ia merupakan masalah bersama dan bukannya kesalahan itu diletakkan di bahu pasukan keselamatan semata-mata.
    
"Saya minta media sosial atau mana-mana pihak agar jangan merendah-rendahkan usaha yang dibuat ESSCom sama ada PDRM (Polis Diraja Malaysia), ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ataupun APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).
    
"Ini masalah negara. Pasukan keselamatan kita harus diberi sokongan moral oleh semua pihak. Media sosial harus bersama dan jangan hanya pandai mengutuk sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Kinabalu, malam tadi.
    
Turut hadir timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.
    
Ahmad Zahid berkata demikian mengulas insiden yang menyebabkan anggota pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh dan Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.
    
Pengarah Operasi ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun dilapor berkata penyerang yang menggunakan senjata berat itu membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam semalam.
    
Mengulas perkara itu Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku merupakan satu cabaran yang terpaksa dihadapi PDRM sebelum pasukan itu mengambil alih pentadbiran dan operasi ESSCom mulai 15 Julai ini.
    
"Saya ingin sahkan kejadian itu merupakan satu tamparan dan pukulan terhadap PDRM sebelum ambil alih ESSCom," katanya.
    
Beliau berkata tindakan pihak musuh yang melakukan serangan secara gerila itu adalah sangat mencabar namun tindakan pihak musuh sedikit pun tidak melemahkan pasukan keselamatan.
    
Ahmad Zahid berkata pihak musuh yang terbabit sebenarnya terkenal mempunyai sifat dendam yang sangat tinggi dan dijanjikan upah yang lumayan oleh pihak tertentu untuk melancarkan serangan seperti itu.
    
"Masyarakat itu sebenarnya golongan yang berada pada paras kemiskinan dan mereka sebenarnya telah digula-gulakan untuk melakukan tindakan itu," katanya.
    
Beliau juga berkata sehingga ini nasib Konstabel Zakia Aleip yang hilang itu masih belum diketahui.
    
- Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.