..

..

NAJIB DIPLOMASI PEMBERONTAK BANTU RUNGKAI NAHAS #MH17

on Tuesday, July 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Pastinya seluruh negara dan dunia terkejut dengan pengumuman PM Malaysia dalam satu sidang media khas malam tadi pada jam 12.20 pm 22 Julai 2014.

Siapa dia Najib Razak untuk pi bercakap dengan Ketua Pemberontak Alexander Borodai ?  

Hampir semua media pro Barat menyiarkan pelbagai berita negatif memburukan pasukan pemberontak kononnya mayat penumpang dijadikan tebusan dan kotam hitam telah dihantar Moscow.



Tetapi bagaimana seorang pemimpin Melayu dari negara kecil tetapi berjiwa besar ini boleh berdiplomasi dan berunding dengan mereka dan akhirnya dizahirkan dengan berita baik kepada ahli keluarga mangsa dan juga perkembangan  penyiasatan mencari dalang sebenar MH17.

Obama , Ukraine & negara Eropah lain hanya tahu memberi tekanan menyalahkan Russia dan pemberontak tetapi Malaysia yang ternyata lebih bijak dan cerdik berdiplomasi dengan mereka.



GPB yakin Presiden Russia Putin juga turut terbabit membantu Najib dalam berunding dengan ketua pemberontak Pro Russia ini.

Kesimpulannya , Najib Razak membuktikan beliau juga salah   seorang pemimpin Melayu  bijak berdiplomasi sepertimana zaman kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu  Melaka dan juga bekas PM seperti Tunku Abd Rahman , Tun Razak dan Tun Mahathir.

Selain itu beliau juga membuktikan dirinya seorang  PM yang mampu menangani bila negara ditimpa krisis dan bencana.

Sokongan dan doa daripada rakyat Malaysia  ternyata memberi kekuatan terhadap beliau ..

NAJIB MOVE LEBIH HEBAT ... 




Mayat mangsa MH17 akan dibawa keluar segera - Najib

PUTRAJAYA 22 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua penumpang MH17 akan dibawa ke bandar Kharkiv di Ukraine sebelum diterbangkan ke Amsterdam dan seterusnya dibawa pulang ke negara masing-masing.

Najib berkata, tindakan berjaya dicapai hasil perbincangan beliau bersama Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai petang ini yang bersetuju mengenai tiga perkara utama.

"Perkara pertama ialah kesemua mayat mangsa MH17 akan dibawa dengan keretapi ke Kharkiv, Ukraine dan diserahkan kepada wakil dari Belanda dengan ditemani enam wakil pasukan penyelamat Malaysia.

"Mayat kemudiannya diterbangkan menggunakan pesawat Hercules C130 milik Belanda dan selepas menjalankan kerja-kerja forensik, mayat warga Malaysia kemudiannya akan dibawa pulang negara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Dua kotak hitam MH17 akan diserah kepada Malaysia

PUTRAJAYA 22 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine akan diserahkan oleh puak pemberontak kepada pasukan Malaysia di Donetsk pada 9 malam ini (waktu Ukraine).

Najib berkata, tindakan itu berjaya dicapai hasil perbincangan beliau bersama Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai petang ini yang bersetuju mengenai tiga perkara utama.

Selain membawa segera keluar mayat dari lokasi tragedi dan menyerahkan kotak hitam, puak pemberontak juga memberi janji keselamatan untuk membolehkan pasukan penyiasat termasuk dari Malaysia menjalankan kerja-kerja penyiasatan di lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Harap Najib juga dapat buktikan, disebalik apa yang terjadi dalam negara disebabkan tindakan liberal beliau, sebenarnya (sepatutnya) lebih menguntungkan Islam, Melayu dan Raja Melayu. Atau beliau telah insaf?

  2. Anonymous says:

    lepas ini pasti pencacai .. penjilat .. pengampu haramjadah PR buat cerita Najib kena bayar untuk dapatkan semua ini ....
    pesanan ikhlas dari aku buat buat pencacai PR ... tepati janji itu lebih baik dari tepati NAFSU

  3. Anonymous says:

    Bravo DSN....itu lah langkah pahlawan. Tak dizahirkan pergerakan nya tapi sekali bertindak, kesan nya bak gempita membelah bumi dan langit. MAcammanapun kita perlu berhati-hati. Banyak lagi hati yang busuk dan hanyir kat luaq sana yang tak mahu kita berjaya. Langkah kena kemas, cakap kena tersusun.....Mujoqlah AnuGAYrah Tuhan tu tak jadi PM, kalau tak kita dok ikut telunjuk US saja lah.....bila US suroh lalak, AnuGAYrah Tuhan tu akan tanya nak lalak lagu mana......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.