..

..

MALAYSIAKINI BUAT HAL LAGI MEMFITNAH ROSMAH PESAN PRESIDEN RUSIA CALL NAJIB #MH17

on Saturday, July 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Tak habis-habis portal Malaysiakini memfitnah  PM dan isteri dan terbaru mereka merekayasa sebuah story yang agak bodoh untuk macai2  & ostat2  PR menyebarkan lagi cerita  mengenai   DS Rosmah Mansor  dalan insiden #MH17

Hanya memetik dari Sin Chew Daily yang sendiri TIDAK PASTI  dari mana kenyataan Rosmah , tanpa segan silu menyebarkan berita tak betul ini untuk memburukkan nama isteri PM seolah-olah campur tangan dalam tragedi MH17 .


Jika kita fikir secara logik & rasional , siapa DS Rosmah untuk mengarahkan  seorang pemimpin   NEGARA KUASA DUNIA  PRESIDEN RUSSIA VLADIMIR PUTIN untuk menelefon suaminya kerana isu tragedi MH17 .

Ia seolah-olah merendah-rendahkan kepimpinan Malaysia dan Russia dengan mendakwa isteri Perdana Menteri Malaysia perlu masuk campur sebelum Presiden Russia mahu menghubungi Perdana Menteri Malaysia berbincang mengenai isu MH17.

Tetapi kalau  macai2 Pembangkang sudah tentunya percaya 100 % kerana Rosmah menyebabkan Presiden Russia terpaksa call Najib .  Ini kerana mereka sudah tak gunakan otak untuk berfikir disebabkan terlalu taksub dan membenci kerajaan BN .

ikuti jawapan mengenai isu ini : -

Malaysiakini dan Sin Chew tidak sewajarnya membuat laporan merendah-rendahkan kepimpinan Malaysia dan Russia dengan mendakwa isteri Perdana Menteri Malaysia perlu masuk campur sebelum Presiden Russia mahu menghubungi Perdana Menteri Malaysia berbincang mengenai isu MH17. 
Semalam pesawat MAS telah terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Russia telah mengorbankan 295 penumpang dan anak kapal MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Kapal terbang terbabit dipercayai ditembak tetapi tidak pasti siapa yang bertanggungjawab. 
Ukraine, Puak Pemisah Ukraine dan Russia saling tuduh menuduh.
Namun laporan Sin Chew yang kemudiannya dipetik Malaysiakini.com sangat merbahaya kepada hubungan diplomatok Malaysia-Russia. 
Apa akan jadi jika laporan terbabit dibaca oleh Presiden Putin dan merasa terhina dengan laporan ini. Apakah tujuan laporan seperti ini? 
Ia seolah-olah menunjukkan Russia tidak pandai diplomatik atau Datin Seri Rosmah sangat berpengaruh? 
Malaysiakini memetik Sin Chew Daily mendakwa Rosmah Mansor berpesan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin supaya menghubungi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung tragedi MH17. 
Laporan ringkas melalui portal Sin Chew Daily menyebut bahawa Rosmah menyampaikan pesanan itu menerusi seseorang yang rapat dengan Putin.  
Laporan itu menyebut Rosmah berharap Putin akan menelefon Najib untuk menjelaskan isu berkenaan bagi menenangkan rakyat Malaysia yang berang dengan insiden itu.  
Bagaimanapun sumber Pejabat Perdana Menteri menyatakan dakwaan ini tidak benar sama sekali.  
Presiden Putin menelefon Perdana Menteri Malaysia melalui saluran diplomatik dan atas inisiatif sendiri negara Russia bagi memberi penjelasan dan pandangan kepada Malaysia. 
Sangat mengecewakan di saat negara ini dihimpit tragedi yang meyedihkan terdapat media tempatan yang berusaha merendah-rendahkan pentadbiran negara dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia – Russia - MyKMU 


8 Responses

  1. Anonymous says:

    Takut ibadah dlm bulan yg mulia ini sia2. ...mudahnya hambaNya melakukan fitnah sebab itulah agaknya Allah letak fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh. Itu pun kita tak sedar2. Semoga Datin Rosmah terus tabah.

  2. Anonymous says:

    Hanya dalam Malaysia shj pembangkangnya seperti iblis dan syaitan yang suka melaga dan cucuk sana sini walaupun negara dilanda musibah.

    Perangai Pakatan Haram melalui medium penyebar fitnah mereka sama sahaj seperti ejen Yahudi Israel yg menggunakan propaganda perang saraf untuk memfitnah dan menjatuhkan musuh.

    Sampai bila kita nk sabar dengan sikap media2 pencacai Pakatan Haram ini?? tiada tindakan keras dan hanya biarkan penyakit ini jadi BARAH dlm minda rakyat.. sampai bila?

    Semoga Allah hancurkan juga musuh2 dalam negara spt Melaysiakini ini!

  3. Anonymous says:

    Saya rasa tidak usah dilayan berita yang dikeluarkan menegnai Rosmah oleh Malaysiakini dan Sin Chiew.

    Pertama orang yang berakal mana mungkin percaya cerita mengarut seperti itu. Amat mustahil hanya sebagai isteri seorang PM mampu 'mengarah arahkan' president kuasa besar buat itu dan ini.

    Obama pun tidak mampu untuk arahkan Putin buat itu dan ini!

    Kedua 'think positive'. Kalau orang yang terencal akal hendak percaya juga cerita itu, LANTAK dia

    Saham Rosmah akan naik tinggi melambung!

    Mana tidaknya hanya 'super power woman' yang berupaya berbuat begitu!

    Maknanya Rosmah 'super power woman' dan Malaysia patut berbangga mempunyai wanita seperti itu!

  4. Anonymous says:

    Apa lagi Najib tunggu. letaklah jawatan, ambil tanggungjawab atas apa yang berlaku, dan jangan menjadikan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia kebas dengan kejadian-kejadian seperti itu (pinjam istilah A Kadir Jasin). Hedaknya dalam sidang khas parlimen perbahasan bukan saja mengutuk kejadian itu tetapi turut sama mendedahkan kelemahan Najib sebagai perdana menteri dan akhirnya sepakat mendesak beliau berundur dengan terhormat kalau pun tidak semua anggota kabinet letak jawatan.

  5. Anonymous says:

    This type of accusation always happened when come to Malaysiakini's report. I don't understand why still have alot of people still can trust the resources from Malaysiakini. Yes of course they have the fact in some occasion, but the way they trying to report, always want to defame someone especially from government. Please don't drive others to your fake information.

  6. Anonymous says:

    aku rasa apa yg beliau DSRosmah buat tu btul, dia mainkan peranan dia sebagai seorang ibu, seorang isteri, isteri kpd pemimpin m'sia, mewakili isteri kepada mangsa2 nahas..dia tahu apa 'first action" yang dia perlu buat bg tujuan nak tenangkan hati keluarga mangsa..semoga keluarga2 mangsa terus tabah mghadapi dugaan...



  7. Anonymous says:

    Apa lah yg ditakuti sangat oleh kerajaan.....! Sampai sekarang sya tak faham....takut Ka...sangat remeh...tak ambil peduli ka...could'nt care less ka.....mana stylo media pemuda, mana puteri, mana media wanita.....sebok pasang badan nak buka posa....
    Orang lama 1957

  8. Anonymous says:

    admin,saman jer juta2..biaq terkencit..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.