..

..

MACAI PKR HILANG MODAL , GUNA NAMA UMNO UNTUK JATUHKAN MB SELANGOR

on Friday, July 11, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bangang betul macai Assmin ni ... punya rakus nak tendang MB Selangor TS Khalid Ibrahim  digunakan nama UMNO sebagai modal fitnah mereka.

Apa masalahnya  MB Selangor hadir di program Majlis Berbuka Puasa Perdana PM bersama rakyat ??

Ia anjuran Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor dan bukannya anjuran UMNO Selangor ??

Kalau nak berpolitik jangan sampai bangang sangat ...  ..



SHAH ALAM 10 Julai - Malaysia akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ini kerana selagi Palestin belum menjadi sebuah negara berdaulat, selagi itu rakyat Malaysia akan terus membantu perjuangan mereka.
Menurutnya, rakyat Malaysia akan terus berdoa agar matlamat perjuangan rakyat Palestin terlaksana pada suatu hari nanti.

"Perdana Menteri Palestin, Mahmoud Abbas ada menulis surat kepada saya. Dia kata Malaysia merupakan negara paling kuat menyokong perjuangan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di sini malam ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Najib memberitahu, melihat kepada konflik yang melanda negara-negara Islam seperti Syria dan Iraq, Malaysia perlu membina kekuatan dalam semua bidang supaya dapat menjadi sebuah negara Islam contoh yang berjaya, progresif dan maju.

"Bertunjangkan kepada lima asas Maqasid Syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, inilah dasar yang diperjuangkan oleh kerajaan," katanya.


Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa maahad tahfiz berjumlah RM5,000 setiap sebuah.
Sementara itu, UMNO dijadualkan mengadakan solat hajat bagi memohon keamanan kepada rakyat Palestin esok.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.