..

..

KHALID IBRAHIM BERI ISYARAT BUKAN LEPAS RAYA TAPI HINGGA2018

on Thursday, July 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan dia akan terus menjadi Menteri Besar sehingga penggalnya berakhir pada 2018.

Beliau juga menyatakan pendirian tidak akan sesekali tunduk kepada desakan daripada mana-mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukannya meletak jawatan dalam kadar segera.

Kata Abdul Khalid, beliau telah berjanji kepada rakyat negeri ini untuk terus memimpin mereka sebagai Menteri Besar termasuk melaksanakan usaha untuk membantu rakyat.

"Saya fikir saya akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga akhir penggal (pentadbiran) ini. Saya telah berjanji kepada rakyat Selangor.

"Apabila saya mengangkat sumpah (sebagai Menteri Besar), saya ambil tanggungjawab. Saya akan menguruskan Selangor untuk pilihan raya umum yang seterusnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Abdul Khalid ketika ini dilaporkan menjadi mangsa pergolakan dalaman PKR apabila kepimpinan parti itu mendesak beliau meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Desakan itu turut melibatkan penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial pada 7 Julai lalu kononnya Abdul Khalid akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar.

Dalam pada itu, Abdul Khalid ketika ditanya sama ada beliau bersedia menerima tekanan atau serangan daripada pihak tertentu yang mungkin tidak berpuas hati dengan keputusannya mempertahankan jawatan Menteri Besar memberitahu, perkara demikian bukanlah baharu kepada dirinya.

"Saya sudah biasa dalam hal-hal begini (serangan atau tekanan politik). Saya akan teruskan usaha saya," ujarnya.




One Response

  1. Anonymous says:

    Apa2pun dalam PRU14 ni pastikan BN kembali memerintah. Bagi kat PR ingatkan boleh diharap, macam s**l lagi ada lah.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.