..

..

KENYATAAN RAMASAMY RASIS & BERNIAT CETUSKAN PERBALAHAN KAUM - @RRafizal

on Wednesday, July 9, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kenyataan Media Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang berkaitan kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang

Pemuda UMNO amat terkejut dan kesal dengan kenyataan yang cukup rasis dan berniat untuk mencetuskan huru hara dan perbalahan antara kaum dan agama di dalam negara oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Kenyataan asal oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan satu peringatan am kepada semua rakyat Malaysia terutamanya apabila ada segelintir pihak mengambil kesempatan mengutuk, menghina dan mencerca agama, bangsa dan negara.

Sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, yang seharusnya berusaha memelihara keharmonian dan kedamaian antara kaum, beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan mencabar agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dicetuskan semula. 
Ini merupakan kenyataan biadap, tidak bertanggungjawab dan berlagak seperti ' samseng politik'. 

Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin menuntut agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melihat semula kesesuaian P. Ramasamy untuk menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri II memandangkan kelibat beliau dilihat juga tidak banyak membantu rakyat Pulau Pinang. 
Beliau seharusnya membantu Ketua Menteri untuk membawa masuk pelaburan ke negeri ini memandangkan FDI di Pulau Pinang ini telah jatuh merudum semenjak DAP memerintah negeri Pulau Pinang. 
Mengikut angka yang dikeluarkan oleh MIDA, FDI negeri Pulau Pinang telah jatuh merudum sebanyak 83% daripada RM 10.45 billion ke RM 1.79 Billion sahaja. 

Oleh yang demikian, Pemuda ingin menasihati beliau untuk membantu memikirkan bagaimana untuk membawa masuk pelaburan tambahan ke negeri ini daripada membuang masa beliau meminta Ketua Polis Negara meletak jawatan dan mencabar Kerajaan Persekutuan memulakan 13 Mei 1969.

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang


*** Mana Lim Guan Eng punya komen pasal Ramasamy cabar cetuskan 13 Mei ???  


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.