..

..

DEKAN UM & PENGARAH UMCEDEL TAK DISAMBUNG KONTRAK BUKTIKAN JAWATAN TAK KEBAL

on Tuesday, July 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Keputusan Universiti Malaya dan Kerajaan untuk tidak menyambung kontrak Prof Datuk Dr Mohamad Radzuan Othman sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial adalah merupakan hak preogratif dan pentadbiran.

Ia bukan hak pelajar, tenaga akademik mahu pun mana-mana pemimpin parti politik atau mana-mana media massa. Justeru walau apa pun yang alasan atau sebab tindakan tersebut ia adalah hak majikan yang mencari sumber kewangan bagi membayar gaji mereka dan menyediakan pelbagai kemudahan bagi kakitangan akademik.



Jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial adalah jawatan yang dilantik secara kotrak selama dua tahun. Kita akan dapati setiap 2-4 tahun Fakulti akan menerima penjawat yang baru. Malah ada beberapa tenaga akademik yang sudah dilantik sebagai Dekan beberapa kali secara berselang seli dengan profesor lain. Justeru, apa masalah apabila Universiti Malaya mahu melantik Profesor lain sebagai Dekan Fakulti?
Sebagai Pengarah UMCedel, Prof Radzuan juga tidak boleh selama-lamanya kekal di situ. Sungguhpun beliau adalah pengasas, bukan bermakna UMcedel milik peribadi beliau.

Prof Khoo Kay Khim merupakan pengasas Pusat Sains Sukan Universiti Malaya. Bagaimanapun beliau tidak menjadi pengarah seumur hidup. Jika tidak silap saya beliau hanya pengarah selama sepenggal sebelum diganti oleh orang lain.

Soal perlantikan jawatan ia adalah hak Universiti dan kerajaan yang membiayai pengurusan Universiti.
Pada April tahun lalu, portal ini mendedahkan bahawa kemungkinan hasil Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), merupakan satu perancangan licik oleh Pengarahnya yang juga merupakan sahabat baik Anwar Ibrahim.

Pada Februari 2014, Datuk Zaid Ibrahim juga membuat sidang akhbar mendakwa pengarah UMcedel di bawah pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zaid mendakwa kajian oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ke atas persepsi umum dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang (PRK Kajang) dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Zaid, Anwar mempunyai pengaruh dalam tinjauan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berkaitan Kajang yang menghasilkan dapatan positif padanya.
Dakwa Zaid, ketika Lee Chin Cheh berundur sebagai anggota DUN – sekali gus memaksa pilihan raya kecil – Anwar mendapatkan Mohammad Redzuan Othman bagi menjalankan tinjauan segera.n
“Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),” kata Zaid dalam blognya hari ini.
“Tidak mengejutkan, tinjauan Umcedel mendapati majoriti pengundi Kajang setuju bahawa pilihan raya kecil tidak membazirkan wang rakyat.
Pada Februari 2014 juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Kahlid Ibrahim, menyelar UMcedel sebagai satu pusat yang digunakan untuk memutar-belit keinginan rakyat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCedel) bahawa keputusan tersebut hanyalah digunakan sebagai maklumat utama untuk memutar-belitkan keingginan rakyat.
Kajian mengenai wajarkah PRK DUN Kajang diadakan atau tidak menampakkan keputusannya menyebelahi kepada Ketua Umum Pembanggkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kajian dijalankan terhadap 576 responden daripada 38,965 pengundi berdaftar di Kajang yang menampakkan hasil sebanyak 59% mengatakan YA, PRK itu wajar dilakukan berbanding hanya 17% sahaja mengatakan tidak dan 24% lain adalah tidak pasti.
Justeru, tindakan Universiti Malaya tidak menyambung kontrak beliau bukanlah isu besar kerana kredebiliti beliau sendiri menjadi pertikaian.


Mungkin sebab itu juga yang terlebih sudu dari kuah bukan tuan punya tubuh badan tetapi pihak lain yang mahu mengambil kesempatan. - MYKMU.NET-




UM NAFI CAMPUR TANGAN POLITIK 


Universiti Malaya dalam kenyataan petang tadi menafikan Professor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman yang tidak dilanjutkan pelantikannya sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial kerana campur tangan politik.



Malah universiti tertua itu memaklumkan Redzuan tidak dilanjutkan sebagai Dekan fakukti itu merupakan proses biasa yang pernah diamalkan sebelum ini.

“Bertentangan dengan laporan berita,keputusan tidak melanjutkan tempoh Redzuan itu adalah berdasarkan proses pengundian yang demokratik dan telus, dijalankan mengikut Perlembagaan Universiti Malaya 2010.

“Perlembagaan menyatakan Naib Canselor hendaklah melantik seorang dekan/pengarah daripada tiga calon disenarai pendek yang menerima markah tertinggi.

“Pengundian diadakan di antara 10 dan 12 Jun dan temubual diadakan dengan tiga calon antara 17 Jun dan 20,” kata UM dalam kenyataan itu, lapor The Malaysian Insider.

Selain Redzuan, dua lagi calon yang disenarai pendek untuk menjawat jawatan dekan fakulti itu, iaitu Profesor Dr Md Sidin Ahmad dan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah.

“Selepas perbincangan yang panjang, pihak pengurusan memutuskan untuk melantik Md Sidin sebagai dekan baru untuk Fakulti Sastera dan Sains Sosial,” kata UM sambil menambah bahawa ia mengambil kira tempoh persaraan Redzuan yang dijangka tahun depan dan untuk memberi peluang kepada Md Sidin untuk membiasakan dirinya dengan peranan baharunya itu.

“UM menekankan bahawa amalan pengundian ini adalah satu proses biasa untuk memilih dekan bagi penggal akan datang selepas tempoh perkhidmatan mereka tamat pada 30 Jun.”.”

The Malaysian Insider sebelum ini membuat laporan yang agak mengelirukan apabila mencampuradukkan jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) yang sebelum ini kedua-duanya disandang oleh Redzuan.

Hakikatnya, jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan UMcedel adalah dua institusi yang berbeza.

Menurut sumber, jika benar Kementerian Pendidikan tidak berpuas hati dengan UMcedel yang dikatakan condong kepada pembangkang, kenapa baru sekarang kerajaan mencadangkan Redzuan meninggalkan jawatan itu.

Sumber itu memaklumkan Redzuan sengaja membangkitkan isu UMcedel untuk menutup segala kelemahannya berkaitan dengan kajian yang berat sebelah semasa Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) yang memberi gambaran seolah-olah pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU itu - AIDC


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.