..

..

DAP KANTOI MENIPU , TUDUH PM TAK BUAT APA-APA SELEPAS LAWAT GELANDANGAN @NajibRazak

on Thursday, July 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Satu lagi penipuan jahat MP DAP yang menyebarkan fitnah bahawa PM selepas melawat gelandangan tidak berbuat apa-apa .

Lihat bukti di bawah ini dengan kenyataan bohong Lim Lip Eng . Sewajarnya beliau perlu nasihat pemimpin DAP di P.Pinang yang pernah halau gelandangan daripada menipu apa nak dibantu kerajaan . 




: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata kehadiran Perdana Menteri melawat gelandangan Kuala Lumpur tidak membawa faedah kepada gelandangan, malah membuktikan bahawa Perdana Menteri langsung tidak tahu apa yang patut dilakukan.
“Pertamanya saya ucap tahniah kepada Dato’ Sri Najib Razak yang telah menunjukkan keprihatinan beliau dengan melawat para gelandangan Kuala Lumpur malam semalam,” katanya.
Lawatan yang disertai Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor pastinya sangat dihargai oleh warga miskin kota yang telah sekian lama mendiami kaki lima kotaraya dan mengharap ehsan daripada orang ramai.
“Lima tahun lalu, saya dan beberapa orang rakan telah mengedarkan sejumlah makanan kering kepada warga miskin kota dan gelandangan Kuala Lumpur bagi menyangkal dakwaan Najib bahawa kononnya ibu kota sudah tidak punya warga miskin tegar.
“Sejak dari itu pun Perdana Menteri dan Barisan Nasional tidak banyak membantu untuk meringankan beban yang ditanggung mereka yang tidak bernasib baik, selain membuat pengumuman dan berjanji itu dan ini,” tambahnya.
Soal beliau, adakah selepas lawatan ini Najib Razak akan merangka suatu penyelesaian yang baik bagi menangani masalah gelandangan dan warga miskin kota.
“Adakah cadangan ‘mengangkut’ para peminta sedekah serta mengenakan saman terhadap mereka yang memberi sedekah adalah rancangan terbaik yang mampu beliau fikirkan?.
“Saya hairan apabila melihat Perdana Menteri sekadar datang melawat para gelandangan di kaki lima dan kemudian membiarkan sahaja mereka di situ tanpa membuat apa-apa.
“Ternyata nasib warga miskin kota tidak pun berubah walaupun beliau sendiri melawat mereka. Bagaimana mungkin warga miskin boleh terus dibiar tidur di kaki lima selepas lawatan itu?,” soal beliau lagi.
Menurut Lim, ia jelas menunjukkan bahawa Najib Razak tidak pernah berbuat apa-apa sejak lima tahun lalu, dan beliau sendiri tidak tahu apa yang patut beliau lakukan sekarang.
“Lawatan Perdana Menteri semalam tidak memberi sebarang faedah selain satu usaha publisiti bagi menyelamatkan imej parti (BN) yang dirosakkan para menterinya. Lawatan tersebut sama tarafnya dengan gol tunggal Brazil setelah dimalukan dengan tujuh gol dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia menentang Jerman,” akhiri beliau.


One Response

  1. Anonymous says:

    Sial punya cina babi..kalau orang buat..dia asyik melalak dan menyalak aje..engkau apa buat..pernahkan turun padang dan buat tinjauan...haram..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.