..

..

BILA BEKAS WARTAWAN HARAKAH GELARKAN AKHBAR LIDAH PAS INI BUAH BERACUN !!

on Tuesday, July 15, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Bila  bekas wartawan sendiri gelarkan harakah sebagai BUAH BERACUN , ternyata jelas akhbar keagungan macai PAS ini adalah pembawa fitnah !!

Lihat tajuk seperti di dalam gambar di atas. Sesuka hati mereka  memfitnah UMNO Halang bersedekah  walhal ianya tidak benar dan palsu .

Adakah pemimpin PAS sedar  akhbar ini umpama   mesin memfitnah di akhir zaman ini hingga membawa pepecahan umat Islam ??


Jika kita imbas kembali kritikan Pemuda PAS dulu di muktamar , memang ada benarnya harakah kini sudah menyimpang daripada tujuan asal 





KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS hari ini (Khamis) mengkritik mutu pemberitaan dalam akhbar rasmi parti, Harakah yang semakin merosot dan kurang kredibal sebagai organ parti.

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, Harakah dan Harakah Daily  dilihat telah menyimpang daripada tujuan asal ia diwujudkan sebagai lidah rasmi parti itu.

Mengambil contoh isu perbalahan diantara pimpinan tertinggi parti dengan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa, beliau berpendapat, Harakah tidak sepatutnya menyiarkan laporan tersebut kerana akan memberi impak yang negatif kepada parti.

"Harakah merupakan lidah rasmi parti dan setiap berita yang keluar merupakan kenyataan rasmi parti tetapi kini ia tidak berfungsi dgn baik.

"Sebagai contoh, ketika krisis melanda parti ini melibatkan Hasan dan Nasharuddin, berita tersebut dijadikan muka depan akhbar dan ini tidak sepatutnya berlaku sebagai suara rasmi parti.

"Ia patut disembunyikan daripada pengetahuan umum mengenai krisis kepimpinan yang melanda parti tetapi sebaliknya berlaku," katanya ketika membentangkan usul di Muktamar Pemuda PAS ke-53 di sini, hari ini.


Beliau turut mendesak supaya ditubuhkan jawatankuasa untuk menapis dan mengawal isi kandungan pemberitaan supaya 'editorial' akhbar tersebut distruktur semula.

"Menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhan, Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak PAS Pusat menstruktur semula sidang editorial Harakah yang dapat menterjemahkan aspirasi sebenar PAS.

"PAS Pusat perlu membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakah Daily supaya selari dengan dasar parti," katanya.

Usul yang dibawa Kamaruzaman mendapat sokongan kira-kira 600 orang perwakilan yang hadir.

Wartawan-wartawan Harakah dilihat meninggalkan dewan sebaik sahaja usul tersebut diluluskan.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    PAS Laknatullah.. golongan Munafik zaman moden.. Haramkah!

  2. Anonymous says:

    pergi mampuslah ka pas.semua dah ikut telunjuk nuar kaki li@@@ tu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.