..

..

AYAM TAMBATAN PKR RAFIZI RAMLI KALAH TANDING NAIB PRESIDEN PKR SEBAB BADI KANTOI ??

on Thursday, July 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Tengok pada gaya dan kehebatan berhujah dan membongkar macam-macam hal malah dianggap ayam tambatan PKR, sudah hendak percaya Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli tewas pemilihan jawatan Naib Pesiden parti itu.
Nampaknya badi ‘kantoi’ ahli parlimen Pandan itu berterusan apabila keputusan terkini beliau di tangga ke lima bagi pemilihan sekaligus terkeluar senarai empat calon undi teratas.
Jika tewas pada Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua mungkin tidak mengapa kerana kedua-dua mereka penyandang jawatan tetapi siapa sangka Rafizi boleh tewas kepada Dr Xavier Jayakumar.
Siapalah sangat Xaviar jika hendak dibandingkan dengan kehebatan Rafizi.
Xavier dulunya Exco Kerajaan Selangor tetapi selepas PRU 13, beliau digugurkan walaupun dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Sei Andalas.
Malangnya, beliau dapat menumbangkan Rafizi dengan kelebihan 126 undi dengan memperolehi 17,587 undi manakala Pengarah Strategi itu yang merancang Kajang Move untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor hanya dapat 17,461 undi.
Beberapa siri pengumuman keputusan pemilihan sejak tiga bulan lalu, Rafizi secara konsisten berada pada tangga ketiga tetapi selepas keputusan 195 daripada 198 cabang yang selesai menjalankan proses pemilihan dan pengiraan undi, beliau di belakang Xavier.
Bagaimanapun masih terdapat tiga lagi cabang yang belum menyelesaikan pemilihan dan pengiraan undi iaitu Kelana Jaya, Puchong dan Pensiangan.
Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin turut memberi kejutan apabila berada pada tangga ketiga pemilihan Naib Presiden apabila mendapat 18,777 undi.
Nurul Izzah memperoleh 27,031 undi manakala Tian Chua mendapat 20,490 undi.
Jelas, Shamsul Iskandar yang juga ahli parlimen Bukit Katil lebih hebat daripada Rafizi.- BNBBC- 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Bye bye Pondan.

  2. Anonymous says:

    Sam Kemetot lebih hebat dari Rafizi Lombu tu.....kahkahkah.....memang lunyai lah P'Gay'R lepas ni....kahkahkah

  3. Anonymous says:

    Ayam tambatan? Maaf Saya tersalah baca, ingatkan BABI TAMBATAN...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.