..

..

ANWAR TERUS DIHENTAM ISU MB SELANGOR , TAK FAHAM PERLEMBAGAAN NEGERI

on Wednesday, July 23, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu menunjukkan beliau seorang yang tidak memahami perlembagaan negeri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan ketua pembangkang itu juga menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kedudukan menteri besar dan menguasai PAS dan DAP.


Beliau berkata untuk menukar menteri besar perlu ada dua perkara iaitu menteri besar ketika ini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) secara sukarela meletak jawatan selain undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita lihat Khalid sampai sekarang cakap beliau tidak akan meletak jawatan dan pada masa sama kita lihat kenyataan pemimpin parti politik dalam pakatan pembangkang juga bercanggah antara satu sama lain," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Ihya Ramadan iM4U yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Manggis, Banting hari ini.

Semalam, PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Khalid yang memegang jawatan itu sejak 2008.


Keputusan itu diumumkan Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dekat sini, selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti.

Khalid dalam satu kenyataan di sini hari ini bagaimanapun berkata walaupun menghormati keputusan itu beliau berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.

Khalid berkata setakat ini beliau akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilihnya melalui proses pemilihan yang sah.

Mengulas lanjut, Noh berkata pertukaran menteri besar di Selangor tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku di Terengganu berikutan negeri itu (Terengganu) mempunyai dua parti utama dalam DUN iaitu BN dengan 17 kerusi dan PAS (14) manakala Selangor mempunyai empat parti iaitu PAS dengan 15 kerusi, DAP (15), PKR (14) dan BN (12).

"Ertinya adakah 56 Adun di Selangor buat keputusan siapakah yang akan menjadi menteri besar? Kita lihat Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad seperti menyokong Khalid dan Naib Pengerusi DAP negeri Datuk Teng Chang Khim pun nampak sokong beliau (Khalid).

"Ini menunjukkan apa yang berlaku di Selangor hanyalah gimik politik semata-mata dan membuktikan pakatan pembangkang lebih mementingkan politik daripada menjaga kebajikan rakyat," katanya. – Bernama


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Selagi Sultan tidak berkecuali cam Sultan Berak , Dewan tidak boleh berfungsi.

  2. Anonymous says:

    APA yang lu nak cerita sebenarnya anon 3.45

  3. Johan says:

    Aik salahkan sultan pulak.... ha ha ha

  4. Sultan Berak atas muka Anwar..hihihihi

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.