..

..

ADUN DAP SUNGKAI JANGAN CARI PUBLISITI MURAHAN & TUNJUK HERO - KETUA WANITA MIC

on Thursday, July 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




segelintir pemimpin DAP yang gemar mencari 'publisiti murahan' melalui media dan laman sosial selain sering mengeluarkan kenyataan retorik, digesa berhenti berbuat demikian dan lebih fokus dalam menjaga kebajikan rakyat.       

Ketua Wanita MIC, M. Mohana berkata, segelintir pemimpin dalam parti itu lebih suka mengeluarkan kenyataan sesuka hati selain daripada mengkritik dan mempolitikkan semua perkara walaupun membabitkan kepentingan rakyat.
    
Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A Sivanesan dari DAP cuba mengelirukan masyarakat umum selain mencari publisiti murahan dalam isu hak penjagaan anak antara ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam.         


"Sivanesan cuba mengelirukan umum khususnya masyarakat India kononnya DAP sahaja yang sedang sedaya upaya dalam menyelesaikan kemelut ini. 

Mengapa tidak berganding tangan bersama-sama menyelesaikan masalah ini sekiranya benar-benar kisah dan pentingkan kebajikan rakyat? Kenapa suka memberi kenyataan dalam akhbar dan laman sosial sahaja.

"Jangan fikir rakyat boleh terus diperbodohkan seperti yang sering dilakukan sebelum ini. Kalau hendak bantu, buat cara ikhlas. Jangan hanya pandai tunjuk 'hero' dalam mengeluarkan kenyataan semata-mata. Anda buat kerja anda, saya buat kerja saya. 

Berhenti mengkritik sesuka hati," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.


Mohana mengulas tindakan Sivanesan yang bertindak mengecamnya dalam media berhubung kenyataan Jabatan Peguam Negara yang memohon untuk mencelah dalam prosiding kes hak penjagaan anak Izwan dan S. Deepa, antara ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.


Tambah Mohana, tindakan Sivanesan yang lebih gemar mencari kesalahan pemimpin Barisan Nasional (BN) daripada cuba mencari penyelesaian sangat dikesali memandangkan kenyataan seumpama itu juga boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara.

"Sebagai pengamal undang-undang, saya mohon kepada Sivanesan untuk fokus dalam membantu apa yang perlu daripada hanya mengeluarkan kritikan tidak membina. 

Pergilah ke mahkamah dan bantu bela kes ini dengan percuma. Saya sebagai ketua wanita hanya lakukan tanggungjawab saya. Saya mungkin bukan peguam tapi saya juga tahu tentang fakta dan undang-undang.

"Saya mengalu-alukan Jabatan Peguam Negara untuk mencelah bagi menyelesaikan kemelut ini yang menghantui kita sekian lama. Sekurang-kurangnya tindakan sedang diambil. Banyak pihak yang peka. Sekiranya didiamkan, pembangkang membuat bising. 

Sekiranya kami membuat kerja, salah juga dicari. Hentilah perbuatan sia-sia ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohana menggesa kerajaan supaya menggubal undang-undang yang lebih tegas dan komprehensif berkaitan hak jagaan anak beragama Islam yang melibatkan ibu atau bapa bukan Islam.

"Perlunya satu penyelesaian menyeluruh jangka panjang bagi menangani isu ini agar mampu membawa kebaikan serta keadilan kepada semua pihak terbabit," katanya.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.