..

..

13 MEI : PERKASA KASI WARNING BERAPI UNTUK RAMASAMY DAP ...

on Wednesday, July 9, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 16 Comments



Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Beliau menyelar keras kenyataan Ramasamy itu sambil mengingatkan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang berlaku antara Melayu dan Cina adalah akibat politik perkauman dan cauvinisme yang diamalkan DAP serta golongan pelampau kaum pada masa itu.

"Ini kerana golongan cauvinis Cina dan pelampau perkauman pada masa itu telah mempersoal serta mencabar hak istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 dan kedudukan Raja-raja Melayu dengan menggunakan slogan Malai-Si (Mati-Melayu) dan ucapan berbentuk hasutan seperti 'Melayu masuk hutan', 'ini negeri Cina sudah control' serta banyak lagi sehingga mengapi-apikan orang Melayu.

"Saya mendesak pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya lebih agresif dan tegas dalam mengekang dan menguatkuasakan undang-undang bagi mengheret golongan ekstremis serta pelampau agama dan perkauman ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman keras jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ramasamy yang seolah-olah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa kembali peristiwa 13 Mei 1969 ekoran peringatan Muhyiddin bahawa peristiwa rusuhan kaum itu boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Ramasamy yang mengatakan beliau tidak takut peristiwa 13 Mei 1969 berulang hanya kenyataan pemimpin politik yang mahu meraih populariti.

"Beliau hanya cakap mahu tunjuk hebat dan berani. Jika beliau benar-benar tidak takut kenapa perlu 'bising' tentang 13 Mei sedangkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mengingatkan rakyat negara ini mengenai peristiwa itu.

"Reaksi Ramasamy itu sekadar mencari mahu 'makan' dalam bidang politik. Jangan terlalu angkuh, beliau harus ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Memang orang Melayu baik, tetapi pantang Melayu dicabar," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Ibrahim berkata, perbalahan kaum kini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain dan perbuatan itu adalah bertentangan dengan adat, budaya dan tatasusila rakyat negara ini.

Jelas beliau, orang Melayu tidak akan memulakan perbalahan tetapi jika orang lain memulakan orang Melayu pasti menyambut.

"Pantang orang Melayu dicabar, kita tidak akan mula dahulu sebab orang Melayu patuh dan hormat undang-undang, tetapi bila orang menjual pasti kita membeli," katanya.


16 Responses

  1. Anonymous says:

    Ibrahim Ali sepatutnya dah KO kat Pasir Mas. Melayu dah rejek Pemimpin kolot ini bab org2 Ktan faham jenis manusia cam dia hanya mencari peluang utk jadi kaya dgn menjadi barua UMNO dan Madey. Penyamun yg hebat2 belaka semua dari UMNO. Kalaulah akta 153 mendorong Penyamun2 UMNO dari terus mencuri, Akta 153 harus dipijak dan diludah.

  2. Anonymous says:

    Apa pulak melayu pantang di cabar? Sekarang ni melayu dah dicabar pun.Tapi tak ada apa2 pun tindakan. Saya setuju sememang nya melayu lemah dan takut.Pemimpin kita cakap aje lebih.Tapi tak lebih daripada amaran, amaran. dan amaran.

    Pak Mat,dah tua,tangan pun dah terketar-ketar,Cabar apa pun tetap lentuk.Sama macam pemimpin kita tulah jugak...

  3. Anonymous says:

    eleh setakat beri warning berapi tak kemana pun. apa kata ibrahim ali dan ramsey bertinju one by one didalam gelanggang

  4. Anonymous says:

    Anjing Mahathir Ibrahim Ali mendukung Ayahanda kita yg ada rekod jenayah.

    Sememangnya Madey terlibat dlm banyak pembunuhan politik dan bukan politik, sebahgian dari senarai komplot Madey adalah spt berikut:

    1. Mei 13 kerana tidak dapat terima kekalahan di Sgor. 2. Tun Fuad Stephen dibunuh atas arahan UMNO. 3. Memali - untuk mengaibkan PAS 4. Mustakizah di bunuh atas arahan isteri Megat Junid , Madir tutup kes bersama Hanif Omar. 5. Norlida Shamsuddin di bunuh oleh Shahidan Kassim tapi di tutup dengan mengenakan org lain sebagai cover. 6. Anwar Ibrahim nyaris2 dibunuh oleh Rahim Md Nor atas arahan Madir, tapi kerana takut pada bangkitan rakyat pelan tersebut tidak dilaksanakan. 7. Dan Banyak lagi sedang di rancang oleh parti Syaitan Ayahanda ini.

    Malaysia sdg Menunggu Malapetaka yg amat dasyat dari langit kerana mendukung Syaitan yg bernama Madir . Rakyat Msia bertuah memiliki Ayahanda yg mempunyai latar belakang Jenayah.

  5. Anonymous says:

    Warning Taik Berapi Ibrahim Ali, tak ada apa2 pun.

  6. Anonymous says:

    oiii bingai, mahyuddin yg mulakan dulu mengungkit mei 13 tak berani pulak pekasa desak suruh ambil tindakan. ramasamy buat kenyataan tentang mei 13 susulan dari kenyataan mahyuddin.

  7. Anonymous says:

    Warning Si Gemuk Berisi Taik Madey.

  8. Anonymous says:

    When another 13 May comes, this fellow will run away first because he don't want to be responsible for it. All Pakatan leaders are like that what.

    Everytime also like this maaaaa ..... Everybody also know.

  9. Anonymous says:

    Buang masa aje YB Zul minta tindakan di ambil. Kalau yang keluar kenyataan tu orang Melayu, awal2 dia dah kena tangkap dan dakwa. Jangan terkejut lepas ni Tok Him pula akan didakwa sebbab keluar kenyataan. Inilah "Transformasi" Najib Al Mongol. Memang betul kata Rayer-UMNO memang celaka.

  10. Anonymous says:

    Bila bukan melayu keluar kenyataan menghasut, semua pemimpin UMNO akan jadi syaitan bisu. Tapi bila melayu yang keluar kenyataan sedemikian,tak cukup tanah habis semua mengutuk dia dari PM Lembik ke Ketua Pemudi Umno. UMNO sebenarnya terdiri daripada pengecut yang hanya berani sesama melayu sendiri. Jangan salahkan sesiapa atas kelemahan melayu sebab punca melayu lemah dan ditindas adalah oleh melayu UMNO sendiri.

  11. Anonymous says:

    Bila bukan melayu keluar kenyataan menghasut, semua pemimpin UMNO akan jadi syaitan bisu. Tapi bila melayu yang keluar kenyataan sedemikian,tak cukup tanah habis semua mengutuk dia dari PM Lembik ke Ketua Pemudi Umno. UMNO sebenarnya terdiri daripada pengecut yang hanya berani sesama melayu sendiri. Jangan salahkan sesiapa atas kelemahan melayu sebab punca melayu lemah dan ditindas adalah oleh melayu UMNO sendiri.

  12. Anonymous says:

    UMNO ke, PAS ke, PKR ke semua sama. Barua cina!!

  13. Anonymous says:

    Jangan main dgn Ibrahim Pendek atau Ibrahim Pondek, dia sedang warm up , enjin dah mula, kentut dia berapi , tunggu launching je..................

  14. Anonymous says:

    orang melayu sekarang kena la bersatu.. bab politik tu ketepikan dulu. sekarang kita tengok layanan cina mcm mne?? makin hari makin kurang ajar. polis pon die org berani lawan, bersatula wahai bangsa ku..

  15. Anonymous says:

    KALAU MAU 13 MEI BOLIH AJA LIHAT SAJA MESIR DAN SYRIA BEGITU LAH KEADAAN NYA DI MALAYSIA BOLIH AJA KALAU MAU ORG MELAYU SUDAH BERSEDIA BERTEMPUR.

  16. Anonymous says:

    Amat setuju

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.