..

..

13 MEI : KIT SIANG FOBIA TAKUT @ MEMANG BANGANG TAK FAHAM NASIHAT MUHYIDDIN

on Monday, July 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Bila Timbalan Perdana Menteri menyatakan insiden 13 Mei 1969 TIDAK MUSTAHIL akan berulang sekiranya keadaan dalam negara terus-menerus seperti sekarang.

 Kenyataan Muhyiddin Yassin itu merupakan satu peringatan agar rakyat lebih matang, bersatu padu dan tidak sembrono dalam apa-apa hal, terutama sekali yang membabitkan perkauman dan keagamaan.

Mengapa bapa Guan Eng ini meroyan nasihat ini sehingga menggelar Muhyiddin tidak bermoral  ? Atau dia nak menyembunyikan agar DAP tidak diingati antara punca tercetusnya 13 Mei 1969 .

Sebenarnya sudah menjadi lumrah buat  Kit Siang & DAP   jika mana-mana pemimpin UMNO/  BN sebut kembali 13 Mei 1969 , beliau akan cepat melenting menghentam walaupun ianya hanya peringatan dan nasihat agar ia tidak berulang.

Kepada rakyat semua , anda boleh nilai sendiri kenyataan sepenuhnya TPM di bawah ini dengan spin meroyan Kit Siang menuduh beliau tidak bermoral !



PAGOH 4 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peristiwa rusuhan kaum yang pernah tercetus pada 13 Mei 1969 boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain dan perbuatan itu adalah bertentangan dengan adat, budaya dan tatasusila rakyat negara ini.

"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).

"Sebab itu kita harus lihat kembali apa yang dilakukan pejuang kemerdekaan. Kita sudah hampir 57 tahun merdeka dan berupaya membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu. (Sebelum ini) memang ada perbezaan dan salah faham tetapi tidak sehingga kita berbalah atau berlaku perpecahan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hubungan antara kaum diburukkan lagi apabila media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita-cerita tidak benar selain ditokok tambah kepada umum.

Menurutnya, rakyat perlu menapis sebarang berita atau khabar angin yang didengar menerusi Internet kerana tidak semua yang disampaikan adalah benar malah kerajaan tidak dapat mengawalnya secara keseluruhan.

Muhyiddin berkata, apabila perbalahan tidak dapat dibendung, maka akan berlaku kucar-kacir kerana hubungan antara kaum tidak seperti dahulu apabila mereka saling tidak mempercayai dan mencurigai antara satu sama lain.
"Saya sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana nak uruskan negara. Ada orang hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya, apa nak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal yang sama.

"Mengapa hal-hal sebegini berlaku dan ini membimbangkan kita. Kita semua perlu balik ke pangkal jalan. Letakkan agama sebagai tonggak dan kekuatan kita sebagai orang Islam begitu juga budaya dan adat resam kita," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan sedang memikirkan pendekatan terbaik iaitu dengan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kaum dan agama dalam satu majlis untuk sama-sama membincangkan masalah tersebut.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mahu negara ini menjadi kacau-bilau seperti yang berlaku di negara Islam seperti Syria, Iraq, Mesir dan Libya.

Dalam perkembangan lain, beliau mahu umat Islam di negara ini sentiasa bersatu-padu dan kembali kepada ajaran agama yang sebenar dalam usaha menangani pelbagai cabaran pada masa kini.
Katanya, cabaran dihadapi umat Islam bukan sahaja dicetuskan oleh orang bukan Islam malah umat Islam sendiri terutamanya mereka yang ingin mengembangkan pemikiran, ideologi dan fahaman bertentangan. - UTUSAN




Guang Ming Daily, 6 JUL 2014, halaman A11,

LIM Kit Siang - Penasihat DAP Kebangsaan menyelar kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin - Timbalan Perdana Menteri yang memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum 13 MEi mungkin akan berulang sekiranya perpecahan antara kaum terus berlarutan dan tidak dibendung.

Katanya, Tan Sri Muhyiddin adalah merupakan seorang pemimpin yang tidak bermoral dan tidak mencerminkan sikap Kerajaan sebagai pemerintah yang sepatutnya mempertahankan kepentingan semua rakyat. Tambahnya lagi, kenyataan tersebut memberi gambaran kegagalan Kerajaan BN sepanjang tempoh lima tahun lalu dalam membentuk keharmonian negara di bawah kepimpinan Dato’ Sri NAJIB.

Menurutnya, dlm tempoh 40 tahun yg lalu, tiada pun mana mana Menteri Kabinet pernah mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab sedemikian.

Beliau menyeru supaya diadakan mesyuarat tergempar Kabinet bagi membincangkan kenyataan Tim.Perdana Menteri tersebut.


One Response

  1. Anonymous says:

    Was Lim Kit Siang the instigator of May 13?

    Why is he so worried and hyped up everytime this issue is being discussed?

    Is there some truth in it?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.