..

..

TUDIA !! BLACKOUT ALA PKR TERJADI JUGA AKHIRNYA ...MB SELANGOR JADI MANGSA

on Saturday, June 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




ini samada karma atau memang lawak jenaka dalam PKR... parti yang tuduh SPR macam-macam dalam pilihanraya umum lalu, termasuk kononnya ada berlaku 'blackout' di pusat kiraan undi, kini jadi kepada mereka balik dalam pemilihan parti.

Sehinggakan kekalahan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi jawatan ketua cabang Kuala Selangor dikaitkan dengan 'blackout' ketika proses kiraan undi.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Abidin (gambar) jumlah undi Khalid asalnya mendahului pencabarnya, S. Manikavasagam sehingga tiba-tiba bekalan elektrik terputus semasa proses pengiraan undi kelmarin.

Azman mendakwa, selepas bekalan elektrik pulih semula kira-kira dua jam kemudian, didapati 100 undi rosak anehnya bertukar menjadi tambahan undi untuk Manikavasagam atau Mike.

"Apabila diperiksa dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), didapati tiada sebarang gangguan bekalan elektrik di kawasan Tropicana,"katanya.

Dalam keputusan pemilihan semula PKR Cabang Kuala Langat semalam, Khalid yang mendapat 515 undi tewas kepada Manikavasagam yang meraih 701 undi.

Bagaimanapun di cabang tersebut, bagi saingan Timbalan Presiden PKR, Khalid mendapat undi 517 undi manakala penyandang jawatan itu, Azmin Ali mendapat 440 undi dan Datuk Saifudddin Nasution mendapat 50 undi.Justeru Azman berkata, mereka mahu pengiraan semula undi diadakan berikutan masalah 'blackout' tersebut.

Menjawab dakwaan Azman, Mike berkata, tuduhan 'blackout' itu adalah tidak berasas kerana kesemua agen kiraan undi berada di dalam bilik pengiraan undi sebagai saksi keseluruhan proses pengiraan.


"Semua orang meninggalkan bilik itu selepas ia dikunci," katanya sambil menambah proses kiraan disambung selepas bekalan elektrik pulih.

Pada pemilihan itu, kesemua pasukan Mike di peringkat cabang memenangi saingan masing-masing termasuk David Selvam (Timbalan Ketua), Azhar Jamil (Naib Ketua), D. Thalapathi (Ketua Pemuda), Azril Idris (Timbalan Ketua Pemuda), V. Bobonath (Naib Ketua Pemuda), Latifah Sulaiman (Timbalan Ketua Wanita) dan K. Punithavathy (Naib Ketua Wanita).

Sebelum ini, Mike hampir hilang kelayakan bertanding apabila beliau digantung keahlian berikutan mengadu kepada media berlaku berlaku politik wang dalam pemilihan.

Namun hukuman tersebut ditarik balik membolehkan beliau bertanding mencabar Khalid yang merupakan penyandang jawatan ketua cabang.

Mike menyifatkan kemenangannya adalah hadiah paling manis sempena hari jadinya yang ke-49 semalam. -SUMBER-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.