..

..

PERMATA : MP PAS RANTAU PANJANG BERTUDUNG SAHAJA SEPERTI ISLAM TAPI HATI BURUK SANGKA !!

on Wednesday, June 18, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff disifatkan “berniat jahat” oleh Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana bertanya sama ada program Permata Negara bertujuan menaikkan nama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Yang berhormat pakaian nampak macam Islam tapi mulutnya…,” kata Shahidan tidak menghabiskan ayat beliau ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawap lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, Rabu.
“Saya berdoa semoga Allah membuka hatimu agar jadi lebih mulia,” kata Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau.
Siti Zailah dalam soalannya membangkitkan kenapa kerajaan tidak memperkukuh dan memperkasakan agensi pendidikan kanak-kanak sedia ada seperti KEMAS dan Tadika, sebaliknya memilih untuk menumpukan kepada pembangunan institusi baru iaitu Permata yang dinaungi Rosmah.
“Adakah ini agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri?” soal Siti Zaleha dalam sesi berkenaan.
Shahidan juga sempat membacakan sepotong ayat suci Al-Quran beserta dengan maksudnya sekali yang berbunyi “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang” yang bertujuan menasihati Siti Zaleha sebelum menjawap soalan ahli Parlimen PAS.
“Tidak. Permata tidak menaikkan nama Rosmah, Permata menaikkan nama negara.
“Program Permata cukup mulia, isteri perdana menteri tidak menerima gaji untuk mengabdikan diri kepada negara.
“Tidak baik kita buruk sangka kepada orang yang mengabdikan diri kepada negara,” kata Shahidan.
Beliau turut menyeru PAS dan PKR untuk menggunapakai kurikulum Permata dalam pendidikan kanak-kanak kerana kurikulum berkenaan diiktiraf di peringkat antarabangsa.-bnbbc.my


One Response

  1. Kalau dengan soalan itu yang dikeluarkan dari mulut YB PAS ,sah lah itu soalan perli,berpakaian ala islam sejati tapi hati betul betul kotor,kalau bangsa lain yang tanya soalan mcm tu aku faham ,diaorang tak takut dosa,Buat malu wanita islam satu malaysia je,muka mcm dah tua tapi otak tak de

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.