..

..

PANAS !! UMNO PMTG PAUH DIUGUT BOM MOLOTOV COCKTAIL GARA-GARA BANTU RAKYAT @NajibRazak @dzainalabidin @ismailsabri60

on Tuesday, June 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Beginilah cabaran yang terpaksa dilalui pasukan Transformasi UMNO Pmtg Pauh diketuai  Cikgu Mohd Zaidi Hj Said dalam membantu rakyat di parlimen ini  dalam soal kebajikan yang terus dipinggirkan Ahli Parlimennya  & Kerajaan DAP P.Pinang.

Minggu lepas , satu insiden dibaling bom molotov cocktail di pejabat UMNO Pmtg Pauh  telah dilakukan oleh pihak yang tak puas hati kerana pasukan  pimpinan Bahagian   ini  yang sering turun padang & aktif membuat program terus kepada rakyat yang memerlukan pembelaan . 

Selaku Ketua Bahagian , Cikgu Zaidi berasa kesal dengan insiden ini kerana beliau dan rakan-rakannya tidak mencari musuh sebaliknya mahu  membantu rakyat . Tetapi ia tidak sedikit mematahkan semangat anak jati Kg Tg Putus ini , sebaliknya mahu terus komited membantu rakyat & tidak menghiraukan sebarang provokasi . 

Bagi GPB ,  ini menunjukkan puak-puak sebelah sana itu dah mengigil ketakutan dengan gerak kerja pantas dilakukan Cikgu Zaidi terus  mendekati  denyut nadi  rakyat di Parlimen ini . 

Dalam soal  kebajikan  orang sakit , kematian  , pendidikan , peruntukan pertanian/usahawan ,  bantuan  bencana alam/kebakaran  dan juga termasuk  jemputan kenduri kahwin , boleh dikatakan  rakyat di parlimen ini   sudah merasai & menikmati  manfaatnya .

Syabas Cikgu Zaidi & UMNO Permatang Pauh  !!   


sebahagian kecil gambar kerja dan program dilakukan UMNO Pmtg Pauh 










PERMATANG PAUH 9 Jun - UMNO Bahagian Permatang Pauh tetap meneruskan program yang telah dirancang di pejabatnya walaupun dikejutkan dengan insiden dibaling bom molotov koktail oleh pihak tidak bertanggungjawab pada minggu lalu. 

 Ketuanya, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, kejadian berkenaan tidak mematahkan semangat dan mereka terus komited membantu rakyat di kawasan berkenaan yang masih memerlukan pembelaan. 

 "Dalam hal ini, kita tidak mahu menuduh sesiapa kerana difahamkan polis masih menjalankan siasatan. Saya ingin tegaskan kami bukan hendak mencari musuh kerana semua program yang dianjurkan adalah untuk manfaat rakyat," katanya. 




 Terdahulu, Mohd. Zaidi menyempurnakan majlis penyerahan bantuan mesin dan alatan pertanian kepada 100 orang usahawan pertanian Parlimen Permatang Pauh di Wisma Transformasi UMNO di sini semalam. Bantuan berkenaan dengan jumlah keseluruhan RM200,000 merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mahu melihat golongan tersebut meningkatkan pengeluaran mereka dalam sektor pertanian. 

 Dalam kejadian minggu lalu, Wisma Transformasi UMNO yang terletak di Jalan Kubang Semang, dekat sini dibaling bom molotov koktail dipercayai angkara perbuatan khianat namun tidak membabitkan sebarang kecederaan dan sehingga kini polis telah merekodkan keterangan empat individu bagi membantu siasatan.

 Mohd. Zaidi berkata, sebelum kejadian, pihaknya aktif mengadakan pelbagai program termasuk di kawasan-kawasan yang dikatakan kubu kuat pembangkang.

 "Beberapa hari sebelum kejadian, kami telah menghulurkan bantuan kewangan berjumlah RM30,000 kepada 28 buah sekolah agama termasuk kelas pengajian al-Quran di kawasan ini yang sudah lama terpinggir dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya. 

 "Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati apabila UMNO Permatang Pauh turun padang," katanya. Bagi mengelakkan kejadian serupa berulang, Mohd. Zaidi berkata, beliau meminta semua ahlinya supaya lebih berhati-hati ketika turun padang dan tidak melayan sebarang bentuk provokasi.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    RM30,000 kepada 28 buah sekolah agama termasuk kelas pengajian al-Quran - sedangkan hampir SETENGAH JUTA kpd. SATU gereja!

    Lihat si KAPIR dari JPM ni pun yg. makin galak nak masuk campur hal ehwal ISLAM/umatnya - di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140609/dn_15/Kes-Zarena-kahwin-di-kuil-masih-disiasat , Kes Zarena kahwin di kuil masih disiasat:

    KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan masih menyiasat kes seorang wanita yang didakwa melangsungkan perkahwinannya mengikut agama Hindu sedangkan dia mempunyai nama Islam.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, kerajaan peka dengan pandangan masyarakat berhubung perkara itu, khususnya permohonan wanita ber-kenaan, Zarena Abd. Majid, 32, yang dilapor ingin menukar agamanya......

    Pada majlis itu, Kurup menyampaikan sumbangan RM500,000 bagi pembinaan pusat komuniti Gereja Methodist Tamil Brickfields yang diterima oleh Justin Clerance bagi pihak gereja tersebut.

    Beliau berkata, pusat komuniti empat tingkat itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti ruang aktiviti, tadika, bilik mesyuarat, pusat pembelajaran, pejabat pentadbiran dan auditorium....

    Makcik Sambal Belacan.

  2. Anonymous says:

    Biasalah umngok asyik nak perbodoh orang kampung

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.