..

..

MP DAP BARU TAU PENANGAN GELARAN " APEK " OLEH PANGLIMA BALING @AzeezPutera

on Friday, June 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Tindakan ahli parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong menuduh UMNO menerima wang haram mencetus ketegangan di Dewan Rakyat petang Rabu apabila beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mengecam kenyataannya itu.

Paling lantang ahli parlimen  Baling Datuk Seri Azeez Rahim yang marah kerana Jimmy mengaitkan UMNO bukannya menumpukan tuduhan tersebut kepada pihak terbabit.

Jimmy sebelum itu  membahaskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan 2013) apabila menuduh UMNO menerima wang haram.

Beliau mengaitkan pemberian wang haram itu oleh  ahli parniagaan Michael Chia dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Wang itu kemudiannya dikatakan sebagai sumbangan kepada UMNO Sabah.

Ahli parlimen DAP itu seterusnya mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO menghentikan politik wang kepada rakyat Sabah.

Katanya, jika  gagal memberi penjelasan tentang wang haram itu, ini bermakna UMNO adalah parti haram kerana menggunakan wang haram.

Kenyataan beliau segera di sanggah Azeez dan ahli parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan meminta Jimmy menarik balik kenyataannya itu.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee turut menegur Jimmy supaya mengajukan soalan yang akan dijawab oleh kerajaan bukannya UMNO.

Bagaimanapun, Jimmy masih mengulangi tuduhan sama dengan menyatakan, jika kerajaan gagal memberi penjelasan, bermakna BN adalah parti itu.

Kenyataan berbelit-belit oleh beliau menimbulkan kemarahan ahli-ahli parlimen BN dan Azeez bangun meminta laluan lalu membidas kenyataan Jimmy.

Walaupun tidak diberikan laluan, Pengerusi Tabung Haji itu terus mengecam Jimmy dan menggelarnya sebagai ‘apek’.

“Saya tunggu lama…ini bukan parlimen China, (Jimmy) sesuka hati cakap  BN, UMNO (haram). Kalau nak hujah, hujah betul-betul. Jangan cabar BN, kalau cabar, susah nanti,” tegur Azeez.

Beliau menyifatkan tuduhan Jimmy melampau selain berhujah dengan kenyataan tidak difahami ahli-ahli Dewan.

Ahli parlimen DAP Siputeh, Teresa Kok bangun mencelah cuba bantu Jimmy tetapi turut dibidas oleh ahli-ahli parlimen BN.

“Lu cakap serupa apek,” kata Azeez kepada ahli parlimen Kota Kinabalu itu.

Dalam masa sama kedengaran ahli-ahli parlimen menjerit mendakwa DAP lagi haram dan menggunakan wang haram.

Azeez kemudian meminta timbalan speaker mengarahkan Jimmy duduk kerana berterusan mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi.

Ronald kemudian mengingatkan Jimmy jangan membuat kenyataan politik dalam Dewan serta tidak berterusan menuduh UMNO.

Azeez yang masih tidak berpuashati terus mengecam Jimmy kerana terus masih mengaitkan UMNO dalam hujahnya

“UMNO parti keramat tau ..UMNO tak kacau orang,” katanya.

Sementara itu, di luar Dewan selepas selesai berhujah, Jimmy yang berada di bilik rehat ahli-ahli parlimen ditegur oleh Shahidan dan Azeez ekoran kenyataannya ketika perbahasan.

Kedua-dua mereka percaya  Jimmy hanya membawa teks perbahasan yang disediakan pihak lain.
Ikutan rakaman perdebatan ahli parlimen Kota Kinabalu dengan ahli-ahli parlimen BN ekoran tuduhan beliau bahawa UMNO dan BN terima wang haram.sumber bnbbc


3 Responses

  1. Anonymous says:

    DAP bukan saja parti APEK DAP parti BABI SIAL CELAKA....Melayu yang sokong DAP lagi BABI SIAL...

  2. Anonymous says:

    Dlm dewan berani laa.... kalau berani ulang luar dewan...

    Dasar pondan gay serupa anwar....

  3. Anonymous says:

    Dlm dewan berani laa.... kalau berani ulang luar dewan...

    Dasar pondan gay serupa anwar....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.