..

..

MALAYSIAN INSIDER MENYERANG @Zahid_Hamidi ISU KEPALA LEMBU RUMAH RAYER !!

on Sunday, June 29, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Selepas Malaysiakini memfitnah PM , kini giliran  portal pro pembangkang Malaysian Insider menyerang Menteri Dalam Negeri DS Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kepala lembu diletakkan di rumah Adun DAP RSN Rayer semalam .


Rujuk artikel mereka di sini 



Artikel berniat jahat portal ini terus disebarkan blogger pro pembangkang hingga menuduh Naib Presiden UMNO ini menyokong tindakan pihak tidak bertanggungjawab meletakkan kepala lembu berkenaan . KLIK DI SINI




Sebenarnya Zahid bersimpati insiden   berkenaan dan menyifatkan ia berpunca daripada mulut celupar Rayer dan itu harga perlu dibayar .  



Tetapi pembangkang dan beberapa pemimpin komponen BN cuba mengaitkan isu ini & kenyataan Zahid sebagai tidak sensitif   dengan sentimen agama dan kaum .



Sebenarnya di sini kita harus bertanya siapa sebenarnya yang mulakan  mainkan isu perkauman ini ?

Beberapa pemimpin Pemuda UMNO negeri  dihadapkan ke mahkamah tinggi  kerana menceroboh sidang DUN  disebabkan    provokasi dimulakan Rayer DAP menggelarkan UMNO Celaka  &  disokong pulak LGE  . 


Kesimpulannya ,  P.Pinang tidak akan aman selagi  ada LGE yang menyokong isu perkauman  !!



GEORGETOWN: Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer pagi tadi digemparkan dengan penemuan kepala lembu berlumuran darah di depan rumahnya.

Kejadian tersebut disedari isterinya ketika membuka pagar rumah pada kira-kira jam tujuh pagi selepas diberitahu oleh seorang individu yang pada ketika itu sedang berjalan di hadapan rumahnya.

Sebaik menyedari kepala lembu yang telah disiat kulit itu berada di hadapan rumah mereka, Rayer terus menghubungi polis.

“Saya diberitahu terdapat kepala lembu di hadapan rumah. Saya terus hubungi pihak polis serta Ketua Menteri untuk memaklumkan apa yang berlaku,” kata Rayer.

Pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Al-Athrash Wahid mengesahkan kejadian tersebut serta menyatakan bahawa siasatan kini sedang dijalankan.

“Setelah mendapat maklumat, pihak polis telah dikerahkan ke lokasi dan kami dapati terdapat satu kepala lembu di hadapan rumah Rayer. Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan menyebabkan kegusaran dalam agama.

“Menerusi rakaman CCTV, kami mendapati seorang lelaki yang menunggang motosikal telah meletakkan kepala lembu tersebut di hadapan rumah Rayer.” Kata ACP Mior.

Polis kini masih menjalankan siasatan berhubung motif kepala lembu itu di letakkan di hadapan rumah Rayer.

Baru-baru ini Kongres Melayu Pulau Pinang telah memberi amaran kepada Rayer supaya tidak 'bermain api' berikutan sikap biadab pemimpin DAP itu yang berterusan menghina orang Melayu.

Sebelum ini kekecohan turut berlaku di mana beberapa orang merempuh masuk ke dalam Dewan Persidangan bagi menuntut Rayer memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyebut ‘UMNO Celaka’.

Turut hadir di rumah ADUN itu pagi tadi ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. -AWANI-



4 Responses

  1. Anonymous says:

    Kerana mulut kepala boleh jadi macam kepala lembu itu............ Jangan ingat jadi adun boleh cakap suka suka hati........

  2. berasiam says:

    memang sejak menjadi ketua pemuda umno pun, zahid ni banyak merapu. kalaupun nak ulas isu, biarlah panjang akal tu sedikit. jangan ikut sedap mulut aja.

    apa kata kalau kepala lembu itu diada2kan oleh dap sendiri untuk menagih simpati. jika demikian keadaannya, bukanlah kerana mulut rayer yang celupar maka kepala lembu datang ke depan pagarnya.

    zahid yang gopoh membuat kesimpulan kepala lembu tu diletak oleh pihak yang marahkan rayer. anwar orang penang dan isu ini berlaku di sana. bukan tak biasa dengan tipu muslihat anwar. zahid dulu pun budak anwar hentam tun pasal kkn dalam pau 1990-an. orang tak lupa lagi.

  3. Anonymous says:

    cuba ada sifat kasih sayang yg kuat diantara semua bangsa baru akan aman.kalau asyik hina menghina di antara satu sama lain sampai dunia kiamat pun takkan aman.ambil negeri contoh seperti sabah dan sarawak hidup dalam aman

  4. Anonymous says:

    tak heran jika benda2 camni sdh dirancang oleh DAP dan PR yg celaka tu... agar org ramai marahkan BN sdgkan semuanya dilakukan oleh DAP dan PR itu sendiri...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.