..

..

KERANA PENAMBAKAN PANTAI PEMAJU , NELAYAN JELUTONG AKAN DIHALAU KERAJAAN DAP !!!

on Thursday, June 12, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak menangguhkan arahan pengosongan kawasan Balai Nelayan Jelutong dekat sini yang dikenakan terhadap kira-kira 300 nelayan dan pengusaha ikan sangkar di kawasan berkenaan.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, tindakan itu tidak wajar selagi tiada perbincangan dan keputusan menang-menang dicapai bagi melindungi periuk nasi nelayan dan pengusaha ikan sangkar di pesisir pantai berkenaan.

Menurut beliau, Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak seharusnya memberi keutamaan kepada pembangunan melalui penambakan laut oleh pihak pemaju, sebaliknya perlu mengutamakan soal penempatan dan kebajikan nelayan dan pengusaha ikan sangkar terbabit.

Perkara itu tambah beliau, adalah wajar bagi mengelak golongan tersebut dijadikan kambing hitam atau mangsa bagi pihak pemaju mengaut keuntungan daripada pembangunan di sekitar kawasan berkenaan.

"Kerajaan negeri sepatutnya lebih prihatin dalam isu ini, bukannya bertindak keterlaluan seakan-akan menyebelahi pihak pemaju apatah lagi pembangunan di kawasan tersebut adalah mengikut fasa dengan sebahagiannya masih dalam proses pembangunan.

"Untuk sampai ke lokasi nelayan terbabit juga akan mengambil masa, jadi mengapa tergesa-gesa mengeluarkan notis pengosongan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini mengenai nasib kira-kira 300 nelayan dan pengusaha ikan sangkar di pesisir pantai berhampiran Balai Nelayan Jelutong, Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu yang diarahkan mengosongkan kawasan terbabit menerusi dua notis yang diterima masing-masing pada 22 April dan 18 Mei lalu.

Apa yang mengecewakan, notis pengosongan itu diberikan tanpa kumpulan nelayan terbabit dipanggil untuk berbincang mengenai nasib dan masa depan mereka.

Kerajaan DAP Pulau Pinang juga dilihat lepas tangan berhubung kebajikan nelayan-nelayan terbabit apabila tidak menawarkan kawasan baharu untuk mereka meneruskan mata pencarian.

Dalam masa sama, Rahmad turut melahirkan kebimbangan nasib golongan nelayan dan pengusaha ikan sangkar di Jelutong itu turut berakhir sama seperti penduduk di Kampung Pokok Asam yang juga dihalau bagi memberi laluan kepada projek komersial tanpa dipertimbangkan ganti rugi dan penempatan semula yang rasional.

Sedangkan katanya, kesemua mereka bukan penceroboh malah telah bermastautin di kawasan tersebut dalam tempoh cukup lama selain merupakan anak jati negeri ini.
"Untuk itu, kita berharap kerajaan negeri dapat menangguhkan notis pengosongan tersebut supaya nasib nelayan-nelayan berkenaan yang majoritinya orang Melayu diselesaikan menerusi rundingan," katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Semakin kejam pemimpin DAP terhadap Bangsa Melayu, semakin besar undi yang akan diraih di dalam pilihanraya nanti. Ini adalah kenyataan tentang sifat laknat pengundi cina.

    Sebab itulah DAP tanpa segan silu asyik menghentam Bangsa Melayu. Itu adalah satu satu caranya untuk memperkukuhkan kedudukan mereka. Macam si rayer tu pun join sama hentam Bangsa Melayu. Anwar pun sama, hentam Bangsa MElayu dan Islam......semuanya kerana mereka tahu, meraih undi cina dan India rasis adalan lebih menguntungkan secara peribadi daripada memperjuangkan untuk kebaikan negara dan rakyat!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.