..

..

JIKA GURU DIBENARKAN BERPOLITIK , MEREKA PILIH PAS - TUN MAHATHIR

on Saturday, June 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Guru yang dibenarkan berpolitik hanya akan menyusahkan kerajaan kerana ramai dalam kalangan mereka cenderung menyokong parti pembangkang seperti Pas berbanding Barisan Nasional (BN).

Itulah hakikat yang perlu diketahui pemimpin BN yang mahu penjawat awam profesional seperti guru menyertai politik dengan menyokong kerajaan sedia ada.

“Golongan guru tidak akan menyertai BN apatah lagi hendak menyokong parti kerajaan ini. Mereka ini sebaliknya akan menyokong Pas dan menentang kerajaan BN.

“Sukar kita hendak beri jaminan golongan guru akan memberi sokongan kepada BN jika mereka diberi kelonggaran menceburi bidang politik,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian mengulas  cadangan Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mencadangkan semua warga pendidik kembali kepada BN jika dibenarkan berpolitik.

Keputusan kerajaan sebelum ini pula menyekat guru daripada menyertai politik.

“Jika cadangan itu tidak diperhalusi, kesan buruk pasti akan menimpa negara satu hari nanti kerana dikhuatiri golongan guru ini akan mengancam kerajaan dengan menyokong pembangkang.

“Kalaau nak buat sesuatu untuk tarik golongan guru dan professional lain, fikirlah semasak-masakya sebabnya mereka ni semua orang berpelajaran,” ujar Mahathir lagi


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Memang ramai yg sokong pr kat sekolah dan ipta. Kt ipts lagi tukang hasut. Lps spm, pelajar kn sokong pr di brainwash oleh lecturer. umno lambat nk masuk, padahal kt skolah pon students dh kena brainwash.
    Yg kuat pongpang dan menyalahan pelajar melayu dieorg jgk, Tapi tak pulak die org berusaha utk mengubah murid2 dieorg tu sbb poliik kuat.. Tapi bn kena jgk berubah kearah lbh positif. Susah jgk nak menolak tohmahan dr pelbagai pihak ni. Mohon singkirkan sgl unsur negatif dlm umno. Saya sekali sekala berjumpa org umno ni, mmg betul pon bbrp tanggapan yg saya dengar dr puak pr ni. Antaranya bersikap angkuh dan kurang berfakta bila bercakap. Ada sorang mamat ni, jordan dgn mesir pon dia ingat negara yg sama, padahal tiap bulan die pergi sana, katanya. Yang pi sana tiap bulan,wat bazir duit rakyat wappa? bila ckp dgn cikgu2 pon dia buat tak heran. Tu yg students pelik a.k.a. getik tengok sikap dieorg ni.

  2. Anonymous says:

    Tidak patut benarkan golongan pendidik atau guru berpolitik. Golongan pendidik sekarang tidak sama seperti golongan pendidik dulu. Seperti yang kita tahu, ada diantara pendidik sekarang hanya mencuburi bidang pendidikan semata2 untuk dapatkan pekerjaan sahaja. Tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab sebagai pendidik. Memberi peluang berpolitik kepada golongan pendidik amat lah merbahaya dan secara tidak langsung akan wujudnya medan politik di sekolah dan akan memberi kesan kepadabpembelajaran pelajar.

    :-2

  3. Anonymous says:

    Jangan se sekali membenarkan warga pendidik ini menceburi bidang politik kerana tidak mustahil akan wujud satu lagi parti baru yang berlatarbelakangkan warga pendidik. Seperti yang semua sedia maklum, terhasilnya bijak pandai dek kerana guru malahan guru itu sendiri terhasil dari didikan guru. Lagi satu setiap anak murid atau pelajar universiti serta kolej akan lebih terpengaruh dengan guru atau pengsyarahnya demi kelangsungan pembelajaran yang lebih terjamin. Fikirkanlah.

  4. kat says:

    Fikirlah secara logik, kau orang menjawab seperti kau org tau apa yang akan berlaku kehadapan, kau org tau apa hukum mendahului Allah, sendiri fikir x da ilmu pergi cari ilmu jgn cakap ikut suka

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.