..

..

GANAS ! SUAMI OSTAZAH ABBY DEDAHKAN SEBAB CERAI KERANA DIDERA ISTERI

on Wednesday, June 11, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Alamak... itu reaksi seorang rakan wartawan dengar cerita dari suami artis Abby Abadi yang mendakwa didera secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.
Mstar melaporkan Muhammad Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal  ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.
Dedah Farhan lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu (gambar) selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.
"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," dedahnya ketika ditemui di  perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu.
Terdahulu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.


Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.
Malah dia berkenaan memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.
"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.
"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.
Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.
Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.
"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.
"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," katanya.
agaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir setahun perkahwinan mereka.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.
Malah  dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi SMS terhadap Abby.
"Cukuplah... Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.-11/6/2014 -AGENDA DAILY-


7 Responses

  1. Anonymous says:

    abby, ini salah najib ke? atau najib ke yang kena dipertanggungjawabkan?

  2. Anonymous says:

    Ostazah ni suka menghina orang Umno,rupanya perangai dia pun bukan seperti apa yg di lakunkannya di pentas cramah.

  3. Anonymous says:

    Ini pun salah UMNO jugak kot....bekas suami ostazah ni dah jadi agen umno...luka kat bibir dan tangan tu juga dibuat oleh org umno....ahli pas mana buat benda2 camni...dah dijanji syurga kan...

  4. Anonymous says:

    Ostajah.. saya yakin Farhan bekas laki ostajah ni dah dibeli dgn umno. Salah umno ni ostajah. Musti saman. Hahahahahahaha

  5. IzaHn says:

    dgr satu pihak mna bleh buat ulasan.hal rumahtangga mereka ha nya allah yg tahu...

  6. IzaHn says:

    rumahtangga org hanya allah yg tahu.jgn dgr stu pihak trus melatah......

  7. IzaHn says:

    dgr satu pihak mna bleh buat ulasan.hal rumahtangga mereka ha nya allah yg tahu...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.